Sabtu, 8 Mei 2010

IBU ENGKAULAH RATU HATIKU

KELAHIRAN
Angin meniup
Seluruh alam semesta
Terangnya amat menyilaukan
pancaindera

Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dr lubuk hatiku
puspawarna

Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat sukar Disebut lagi
Jadikan ku sayu

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu
Bonda..........

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama


Selamat hari ibu 
buat bonda tercinta Nabisah binti Nordin
Dan bonda mertuaku..Azizah binti Yusoff
Jasa mu tersemat kemas di hatiku...
semoga Allah sentiasa melindungi dan mencucuri rahmat disetiap langkahmu..


Ini gambar masa mama kawin 3 tahun lepas.
(Dari kiri: papa, Pn. Nabisah, Pn. Azizah and mama..lihat mataku itu..hehe)



1 ulasan:

mencemar duli berkata...

syurga baki seorang anak adlah di bawah tapak kaki ibunya.dan syurga bagi seorang isteri adlah di bwh tapak kaki suaminya.