Sabtu, 30 April 2011

GENCATAN SENJATA

"Jangan bergerak...angkat tangan, kalau tak saya tembak"

haaaaa.......takut x? takut x?
Gigil x pala lutut???

Nak jadi minah terap plak dah budak nih..
siap buat muka ganas tuh

Senapang lagi besor dari tuan..haha
X hengat dunia nak main mainan budak besor

Dengan penuh aksi..
Yg pelik tu dia paham lak, game tu.
yg lucunya, siap dia plak ngelak takut kena tembak..hahah

Ganas x saya unty2 sumer????

X padan ngan kaki x cukup jengkal, plak tu senapang lagi besor dari tuan.
Tuannya nampak macam nak tumbang jer..hahaha


Nota kaki:
Sekrang ni xnak dah main kereta x bergerak masuk syiling tu.
katanya "Dhiya dah besar lah, mama"..
Nak main kereta lumba kat game station tu..haii budak zaman sekarang


*Gambar amik guna henset cabuk..sangat x cantik..hehe

MEREKA2 YANG BERTUAH

Ai...kengkawang dah bergerombolan tubuhkan kelah mak buyung nih.
Ramai plak tu this year..nnti anak2 u oll selang beberapa hari or minggu jer kan?
Mama jeles ler jugak, sebab mama masih struggle dgn masalah hormon ag.

Anyway tahniah buat NAD dan MAMALIEYNA..


Orang kat penyakit ni berjangkit tau..mereka ni dah dijangkiti
so mintak ler menjangkiti mama plak ek..
Manerlah tau dapat buat team mak buyung bersama MRS.K plak. hehe
Ase jeles jugak, tapi papa kata, jgn plak nak berlumba2 ngan orang
itukan rezeki Allah, setiap dari kita rezekinya berbeza.

(Dr cakap ritu, walaupun ada gangguan hormon, kemungkinan to get preggy ttp ada)
Alhamdulillah, lega ler skit dengar kan.

Buat kengkawan yg sedang preggy tu...
Tahniah yea, jaga diri elok2...Mama doakan agar semuanya dipermudahkan Illahi.
Dari mengandung ni sampai ler bersalin nnti. Jangan lupa doakan mama.


Nota kaki:
Masih ramai kengkawan yg belum Allah bagi rezeki menimang cahayamata, bersyukur apa yg ada.
Sekurangnya dah ada Dhiya Khairina

Jumaat, 29 April 2011

PENGUBAT STRESS

Kelmarin baru gi klinik...(nnti nak cerita ler pasal klinik ni)
Doc bagi penerangan dan penjelasan yg cukup jelas
apa yg pasti masalah hormon lagi..huhu

Kalau kengkawan lain duk kecoh nak menambah baby
MRs.K siap gi babymoon lagi, Nad pun dah dapat..
Tapi mama masih lagi berjuang dengan masalah hormon. huhu.
Kalau setakat sebulan x datang puan P tu, x payah ler heran
x perlu tergopoh gapah cari pregnancy test ek.

Xtau ler bila bermulanya masalh hormon nih..baru lagi asenya
start ada masalh ngan peot akhir tahun lepas..
Doc kata mungkin masalah ni akan kekal, mgkin jugak sementra

Doc kata sebab utamanya mama stress...
Stress ker???? haaaaa...ingat senang ker jadi surirumah? stress tau
Doc suh mama workout, keluarkan diri dari stress tu
Nak keluar camno ek, mama xtau tang maner mama stress tu. huhu

Nak gi bercuti, idok ler sesuai buat sementara waktu ni
xper, cuti sekolah dah dekat ni, bleh ler bercuti di kampung.
komfem tenang....
Nak gi shopping, peruntukan x der sementra waktu nih
tapi menda pertama terbayang dalam kepala utk workout from stress ni
ialah kopi.....

Mama suka kopi ni...kopi wanis, Gold choice
sedappp..
Yg lain tu pening pala pulak kalau minum.

ni 1 ag...best sangat layan
MILDURA white coffee cappucino, Cosway

Mama cuba elakkan kopi sebab nak try to conceive kan
orang kata x beberapa elok...tapi ni terapi terbaik utk stress
mama suka hidu bau kopi panas, sambil pejam mata macam dalam iklan nescafe
Tapi idok ler hari2 minum...nnti sakit kepala.

Oldtown coffee plak masyuk minum kat kedainya..
yg 3 in 1 tu x sesedap kat kedai..hehe..(lama plak asenya x serbu oldtown)
Jom papa.........

U oll buat aper ek kalau stress??? 


Nota kaki:
Gi jumpa doc tu, ngan penerangan panjang lebar, siap lukis2 rajah lagi, 
2 jenis ubat dapat hanya RM25. sangat puas hati, doc baik lak tu.

Bulan lepas gi 1 klinik lain, x puas hati langsung cara dia xplain..macam nak xnak jer cakap
RM150..huhu..xkan pegi dah klinik tu. 
Baik gi jumpa Dr. Kamal trus (Gynae kat DDMC, my fav gynae) mahal pun puas hati. 

AYAT PELINDUNG DARI SIHIR

Hidup dizaman di penghujungnya ni, bermacam2 dugaan yg ada.
Termasuk jugaklah dugaan datangnya dari manusia yg berhati busuk..
Kengkawan, ni mama nak kongsikan antara ayat2 pelindung dari gangguan syaitan dan amalan ilmu sihir.

Kekadang tu, kita x sedar pun ada yg iri hati dengan kita kan?
Iri hati dengan kebahagiaan kita, iri hati dengan kehidupan kita.
yg iri hati sebab cinta x berbalas pun ada tau...huhu

So hati2 ler yea..kengkawan..Musuh sebenarnya ada di mana2..
Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua dan keluarga dari gangguan syaitan
dan dari sifat keji dan kejam manusia sekeliling kita.


.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 117-122 )


وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (117) فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ (118)فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ (119) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (120) قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ (121) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ | 122
Dan kami wahyukan kepada Musa: "Lemparkanlah tongkatmu!" Maka secara tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (117). Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan (118). Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu secara serta-merta bersujud (120). Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta alam (121). Iaitu Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun (122). 


2.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )


فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ | 82
Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya." Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlansung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan (81). Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya (82). 

3.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )


وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى | 69
Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang (69).

Semoga memberi manfaat kepada semua di pagi jumaat yg indah ini.
Jadikanlah amalan yea...setiap kali solat mintalah perlindungan Allah.



Nota kaki:
Pernah lihat saat2 getir sepupu menghabiskan hayat, tersiksa kerana perbuatan sihir.
Muntah keluar paku, mata buta tiba2, badan panas 40c sepanjang masa. Setiap kali bangun tido badan penuh dengan kesan umpama kena cakar. nasi tetiba ada ulat. Kesian sangat teringatkan arwah..

Khamis, 28 April 2011

ALKISAH SUSU PEKAT MANIS

Sekrang semua barang naik harga kan?
Melambung2 plak tu naiknya, bukan skit2..hadoiii.
Nak botak dah kandaku yg sedia ada berambut ala askar itu.

Ni nak cerita (cer..cite..cer citer) wah semakin glamer frasa itu
Gi beli groceries utk bulan ini...over the budget derrr..
memang ler kami ni beruntung, dekat jer ngan Mydin, giant, carrefour.
Kalau setakat Giant ngan Mydin tu, kereta pun x sempat panas.
Tapi semurah2 Mydin tu pun dah mahal skang tau...

Alkisah, susu pekat manis ni..hah.
We oll guna brand teapot teko..teapot teko..
Dulu kan...kat Mydin tu regenya RM1.95 setin..pastuh naik ler ker RM2.09
Bulan lepas beli RM2.45 setin..

u oll nak tau x...bebrapa hari lepas nak gi beli,  harganya berapa setin????
RM2.75..mahalnya lah ek. tapi still lagi murah dari kedai runcit RM3.00
(x terkawal langsung kenaikan harga barang skang)
Rasa macam mahal sangat kami pun x jadi beli..so meneruskan misi
cuba mencari pengganti..susu yg murah
(aiiissshh, x gemar betul menukar2 brand ni)

Try Survey F&N plak..harga terkini tengok ialah RM3.09.
Murah lagi tu, sebab kat kedai runcit dekat rumah RM3.50
Seb bek ler kegunaan susu di rumah ni, hanya utk buat air papa.
Mama memang x minum sangat..susu segar jer mama balun

So utk mengurangkan kos perbelanjaan..
kami bertukar2 ke susu marigold Kopi & teh tarik
Sebab murah..harganya RM2.39.
(Sebenarnya x suka tukar2 brand ni, tapi jimat punya pasal)


Tin yg kedua tu yg kami beli

Tapi nak tau aper jadi????
Kelmarin papa kata dia sakit perut cerry berry..
ngatkan salah makan kan? tp mama xder plak sakit.
Then semalam pun dia ngadu dia sakit perut lagi ...so mama rasa
susu pekat manis yg ni x berapa sesuai kot...buat papa sakit perut
Yelah, papa jer yg minum nescafe susu....

Kesian pulak rasanya...nak jimat punyer cerita...seb bek ler beli setin jer dulu.



Nota kaki:
Harap2 ujung minggu ni kat TESCO susu teapot murah. 
TESCO kan selalu sale weekend.

KUIH PALING SENANG TAPI PALING SUSAH NAK BUAT

Amik....panjang skali tajuk itu..Paham ke idok?
Ada 1 kuih ni, mama ase paling senang nak buat...
Bahan senang, simple tapi tetap paling susah bagi mama.
Nak tau kenapa????? sebab sokmo ler x menjadi kalau mama buat.

U oll rasa kuih aper ek??? hah cepat teka..cer teka, cer teka
Teka la..teka la...bagi 10 saat utk teka....
tettttt...abis waktu..scroll jer kalau nak tahu (wah mcm pantun 2 kerat)

V

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Boleh agak kuih aper????
cer teka..cer teka

v

v

v

v

v

KUIH CEK MEK MOLEK

v

v

v

v

v

Malu ler nak tunjuk hasilnya.....
huduh amat..huhuhuhu..

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Terukkan rupanya???
huduh sangat ghupenya...kureng selera..haha

Ntah ler, ada sumpahan aper ngan tangan ni hah.
Sejak dulu sampai kini, x pernah ler menjadi nak buat.
Asyik huduh jer rupa kuih dah siap tuh, Mesti berlaku pembocoran perut kuih
abis meleleh segala gula dlm kuali minyak pun jadi sedikit hitam..

Tokma dah ajar tau...
bila tokma ada kat sisi tu, bagi arahan itu ini, jadi ler plak
tapi skali tu jer yg jd, bila buat sndri, guna bahan dan sukatan yg sama
hasilnya tetap hampeh, buat sakit jiwa..

huhuhu..saper yg terer buat CEK MEK MOLEK ni??
Meh ler ajar skit...bagi resepi yg power2 skit..
kalau pas mama buat kuih tu menjadi elok dgn guna resepi tu
memang mama akan bagi reward..hehe


Nota kaki:
Seb bek ler ada laki yg x cerewet, dia main makan jer..
Tanya sedap x?? sedappppppppppp..jawabnya..(amik hati ler tu)

Rabu, 27 April 2011

TOLONG!! DAH TAHU MASALAH, TAPI XTAU PENYELESAIANNYA

Masa join segmen 'Saya ingin ditegur eryqazz" bebaru ni
ada ler dia komen tulisan mama kecik sedangkan mama guna 
Allerta 14px...
Then Nad@mamazakwan pun ada bagitau yg dia view blog mama ni
tulisannya macam Times New Roman 12
mama ingatkan tlisan Allerta tu yg xleh view 

Then tadi mama try bukak blog ngan mozilla..
pastuh mama terperasan, memang tulisan tu jadi Times ler.
sedangkan skang ni mama dah tukar tulisan Cherry cream soda
ingatkan Allerta tu yg bermasalah sedangkan suka sangat tulisan tuh

view guna mozilla (no1)

View guna Google chrome (n02)

wahai pakar2 It terutama pakai blogger
tolong ler...camner nak settledkan problemo ini yea????
camner nak buat??? Bantulah mama yg agak buta IT ini. huhu

*kalau xleh sama pun, camner nak pastikan tulisan kat Mozilla tu akan besar skit???

Kengkawan...tolong komen u oll nampak tulisan no 1 ker no 2?


Nota kaki:
Terungkai ler apa yg bermain di minda..hehe. 


*Arini gigih memfolow semua blog ngan id baru..baru terhegeh2 tau

OH MY GOD!!

Lately ni Dhiya semakin petah becakap walaupun pelat.
Ayoyo, bilalah kepelatan itu akan hilang ek...
Ore klate panggil telo..parak benor, telonya..
Ada masa mama pun x berapa nak paham, kena ulang 2,3 kali
baru ler mama paham, papa lagi ler..banyak yg x paham.

Ni nak cerita, ada perkataan dan habit baru..
Sejak sari 2 ni, asyik sebut perkataan "OH MY GOD"
hadoiii..mama pun x tahu maner dia belajar.
Plak tu, dalam sejam tu lebih dari 50x kot OH MY GOD dia.

SEmua benda, setiap ayat mesti didahului dengan OH MY GOD

"Oh. my god...nak mandi"
"Oh my god, lupa ambik mainan"
"Oh my god, lupa basuh tangan"
"Oh my god, susu Dhiya dah abis"
"Oh my god, lapar lah, mama"
"Oh my god, Dhiya terlupa"

Macam2 lagi semua mesti ada "Oh, my god"
Naik pening kepala mama ni dengar perkataan tu tau.
Konfius ni, kat maner sebenarnya dia dengar perkataan 'Oh my god" ni
Tetiba jer pandai sebut.hahha

Lagi 1, selalu sebut "this is mine"..
Pantang org pegang mainan or barang2 dia mesti sebut "this is mine."


Oh my god..u r so wonderfull creature

Adoiiii, anak oh anak..macam2 ler kamu nih.


Nota kaki:
Semalam 1st time dhiya tengok Ultraman, sebelum ni dia x layan. Pastuh bleh plak dia pelik Ultraman tu boleh terbang tapi xder sayap..wakakkakah...mama gelak jer bila Dhiya sebut
"Oh my god, dia boleh terbang pulak"..hahah

WORDLESS WEDNESDAY - UMPPHH, NIKMATNYA


Ini baru betul2 umppphh!!!!

Selasa, 26 April 2011

TULISAN DHIYA - 3THUN 2 BULAN

Mama pernah wat entry tentang Dhiya dah belajar menulis dalam entry ni:
http://violetgloves.blogspot.com/2011/01/saya-budak-baru-belajar.html

Tapi kali ni nak cerita lagi...
Sebab kali ni Dhiya dah semakin adavanced..hehehe.
Kalau dulu asyik ikut titik2 dalam buku tu kan..
skang mama dah ajar Dhiya tulis tanpa titik2...Nak tengok hasilnya????
U rasa cantik x tulisan Dhiya bila besar nnti?

Mama vangga okeh...
Okerlah kan, utk budak 3thun 2 bulan
(2 line atas tu ada titik)..sebab tu lebiH cantik..hehe

Huruf B Dhiya..kelakar plak tengok dia tulis.
Tapi laju tau dia tulis, sekejap jer siap

yg ni x sampai 5min siap..haha.
Dhiya siap cakap.."yg ni senang jer, mama" 

Tapi kena ikut mood jugak...
kalau tiba waktu malasnya seharian nak boleh siap 1 page, 
buat seketul 2 tinggal, petang buat skit lagi skit
terutamanya huruf susah bagi Dhiya macam e dan g. 
Bersimpul2 skit tu yg susah tu...malas betul dia nak buat huruf2 tu


Nota kaki:
Kalau papa cikgu kat sekolah, mama cikgu kat rumah. 
Papa xleh jadi cikgu kat rumah, suara kuat anak takut.haha
(Dah biasa ngajar sekelas 30org ler katakan)

LAIN ACUAN LAIN KUIHNYA

Alkisahnya...kengkonon nak bagi cantik ler rupa kuihnya.
x kisahlah walau terpaksa menjadi umang2...
main sauk jer bekas orang lain kan...haha


U oll tau kuih aper nih?


Ini adalah agar2 santan, tapi menyamar rupa macam puteri ayu.
hehehe...xkisahlah..janji cantik


yg ni pulak...di sebabkan acuan puteri ayu x cukup
acuan apam pun boleh laaaa..hehe.

Papa kata, buat susah2 jer..kalau letak dalam loyang pastu potong sama jugak.
Bukan anak raja nak makan.....
uihhhhhsssssssssssss..maner sama, lagi cantik, lagi selera nak makan kan?
Sebab tu skali hadap jer..licinnnn.hehe


Nota kaki:
Xcited nak buat kek, tapi oven xder

Isnin, 25 April 2011

X UMMMPPPHH SANGAT LER

Nnti lupa plak nak cerita, kang jadi cerita basi ler plak.



Mama dah menerai ler KFC chicken chop ari sabtu lepas..
Betul ler kata beberapa org yg dah menerai....x sedap sangat
x ummmpppp macam 1st time kluar dulu.

Apa yg buat x ummmppp tu x pasti ler plak...
kuah dia kot...x masyukk jer rasanya.
TApiiiiii...x masyuk pun..tetap licin hokeh..
:)


Nota kaki:
Sangat frust biler gi tu nak try egg tart tapi hari tu xder. mesin rosak katanya. sedeyyy

*jangan kfc stopkan BE tengah running tu dah ler..huhu

KISAH HARI AHAD

Macam maner ujung minggu  u oll?
Ada masyukkkk????
Mama hanya melepak di rumah ajo..petang2 hujan ribut so xtiviti terpaksa batal.

Malam sebelum tu ajak papa gi Pasar Tani Stadium Shah Alam
Tapi kata papa, panas ler nak bawak Dhiya, lagipun Dhiya bangun lambat.
Mama suh tinggalkan Dhiya ngan unty jer, 
papa kata x best jengjalan Dhiya xder...Xnak gi ler tu kan???

Pastu ajak bekfes kat mamak jer...lama dh x bekfes luar
Skali semua macam bermalasan jer nak bangun..
So...terhidang menu berikut di pagi ahad
Gigih mama berkeletung keletang kat dapur

Nasi lemak + sambal udang+ ayam goreng lada hitam

Tersangat kenyang sampai lunch pun tidak..
Harini....dah tinggal ber2 ngan Dhiya jer..huhu


Nota kaki:
* yeay..yeay..harini gaji

Ahad, 24 April 2011

SAYA TELAH DITEGUR

Ingat x segment "Saya mahu ditegur Eyriqazz".yg mama join dulu
Mama telah ditegur oleh GTO..best2..
Terima ksih kat GTO kerana sudi singgah dan menelek entry n blog mama nih.


Nak tau tegurannya?????
Eyriqazz berkata...



thanks join..Ini teguran saya..salah silap harap maafi..
1st off all, kenapa perlu minta maaf...mama yg minta ditegur
of coz ler sedia terima segala teguran itu, positif atau negatif :)
1)Nama blog agak unik...namun masih belum cukup unik dan memberikan makna yg menguja.
TQ...nama blog tu.. no komen rasanya. hehe

2)Header-Cantik...Love it..
Kredit to WANSTEDDY atas design header yg mantop

3) Template - umm, agak keanak-anakkan skit, selection of colour mcm kurang matching
Template tu, akan di baiki, cuma lum jumpa yg berkenan di hati..
cuba utk mengetengahlan unsur violet seperti URL blog.

4)Entri blog mostly agak panjang...It's Ok namun cuba selitkan lebih byk gambar 
so people tak cepat boring n klik X..
Memang mama ni suka membebel panjang kat blog ni.
kena kurangkan lagi bebelan nih. hehe

5)Too many widget di sidebar..boleh kemaskan dan buang mana2 yang tak patut
akan dikemaskan..Insyallah

6)Pasal width tu,saya minta maaf..saya pun kurang mahir bak2 template ni..hik3..
Width header Wan dah settled kan..sekarang dah ok

7)Font blog entri agak kecil..kalau first time saya singgah,saya akan klik X,

2nd time, akan x lagi...
Font blog mama ni kecik ker??? rasanya dah cukup besorr.. Allerta 14px
or mungkin yg x guna google chrome x dapat detect font ni kot????

8)Selection of colour entri..umm,kenapa sekejap biru,sekejap kuning,sekejap merah.
umm..kurang selesa membaca...
Yg colour entry tu.....sedang diperbaiki.
sekarang mama cuba utk maintan nota kaki warna merah, dan note warna jingga,
tapi tulisan entry warna putih., picture description warna biru, nnti setting semula

itu je...maaf ya sekali lagi...
tq so much

* Eh u oll view blog mama ni, keluar font camner????? 
sepatutnya font Allerta 14px


Nota kaki:
U oll plak...meh ler komen tentang blog mama nih.....nak dengar segala komen itu.
Nak perbaiki penampilan nih.

TIDURLAH WAHAI PERMAISURI

Lately ni, penyakit susah tidur malam Dhiya datang smula.
Makin teruk plak kali ni. Kelmarin kul 3pagi baru tido.
Pastu bila papa n mama bangun kul 6pg tu, dia bangun skali.
kul 9 dia tido semula, kul 1 or 2 ptg baru bangun.

Kekadang dia paksanya kami bentang toto depan TV..
Ok fine, ingatkan dia x suka tido dalam blik, tapi sama jugak
kami berdua dah syok2 berdengkur,
bila tersedar tengok Dhiya masih main sorang2.
Dia x kisah pun kami dah tido, dia maintain leh menyanyi dan main lg.
Kenapa ek jagi macam nih?


Mama rasa x elok ler utk perkembangan dia.
Jadual harian pun terganggu, waktu membaca, waktu belajar,
waktu makan semuanya terganggu.
Mama dah try lewatkan waktu mandi dia.
Kul 9 MLM macam tu, baru mama mandikan skit2..
then buatkan susu ajak tido, tapi x jalan daaaa..
(Bukan x elok utk Dhiya ajer, mama n papa pun x cukup tido)

Try2 survey kat tenet..jumpa ler skit2..tapi mcm x bantu sgt
kebanyakannyer cerita pasal baby.
Saper ada tips2 atau cerita dan panduan nak share??
Plizzzzzz....sangat memerlukan

Alahai..tomeiiinya Dia tido


Ni Dhiya...mama tujukan lagu ni khas buat Dhiya

Tidurlah Permaisuri


Tidurlah tidurlah
Wahai permaisuri
(Tidurlah wahai permaisuri)

Tidurlah
Wahai permaisuri
Tidurlah
Pejam mata ahai tidur nyawa

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kuberjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah

pssst: Dulu mak mama selalu nyanyikan lagu ni kalau dodoikan kami

Jumpa article menarik ni dalam BABYCENTER
Six sleep mistakes parents make and how to avoid them
Getting young children to sleep, and to stay asleep, is one of the biggest challenges of early parenthood. Fortunately, we can help you side-step the most common sleep mistakes and improve your chances of a good night's rest.


Mistake 1: Putting your child to bed too late
Mistake 2: Relying on motion .
Mistake 3: Overstimulation
Mistake 4: Skipping the bedtime routine
Mistake 6: Inconsistency
Mistake 6: Moving to a big bed too soon


Nak tau lebih details??? 
http://www.babycenter.com.my/baby/sleep/mistakes-parents-make/
http://www.babycenter.com.my/toddler/sleep/understandingsleep2/



Nota kaki:
Jeles tengok anak org lain kul 9 or 10 dah tido. Maka mak bapak dowang pun leh tido awal. huh

Sabtu, 23 April 2011

BLUES SURIRUMAH

Sejak akhir2 ni, banyak kali gak merungut kat papa
kata asenya diri ini mau bekerja semula...
kenapa??? Ntah ler, bila Dhiya dah semakin besar
kebosanan mula menyelinap dalam kalbu ku ini..hehe

Tapi sebenarnya...mama suka jadi surirumah.
Pelikkan?? sekejap suka..sekejap boring.
Ntahler mama macam xder pendirian tetap tentang hal ni.
hahaha...jangan salahkan mama hokeh....dah lama x bekerja.
Indu weh, nak pegang duit sendiri, nak soping sakan makan..
tanpa perlu gesel2, kenyit2 mata, atau merengek2 kalau ada menda berkenan.

Tetiba letak gambar ni kan..
tapi ni ler series yg mama paling suka.
siap request ngan papa suh beli DVD full version

Tapi antara kelebihan surirumah yg org bekerja x dapat ialah

1. Boleh bangun tido lambat..
Hahahhaa...letak no.1 tu. tapi idok ler hari2 bangun lambat.
sebetulnya mama bangun awal tau.6 lebih dah bangun,
tapi pas papa gi kerja..debummmm semula atas katil.
Nikmatnya terasa, tambahan plak dapat anak yg memang spesis bangun lambat.
Slagi x pukul 11 or 12 dia x bangun. Tapi mama xder ler bangun selewat itu.
banyak ag kerja nak settle.

2. Boleh jaga anak dengan sejaganya..
X caya sila tanya ngan DYEA IRDINA...betul kan cik puan Dyea???
Umur Dhiya dah 3thun+++, baru skali batuk masa umur 2 thun setengah
http://violetgloves.blogspot.com/2010/10/batuk-selepas-2-tahun-setengah.html
Baru beberapa kali selsema x serius, demam pun boleh bilang ngan tangan.
Dah pandai membaca, menulis...cuma cakap ler pelat.
Memang 1 nikmat bila dapat tgk anak membesar dengan sihat dan cergas depan kita.
Then paling best dapat DIRECT BREASTFEED Dhiya utk 2 thun setengah..

3. Jaga makan pakai suami 
Paling heaven bila jadi seorang surirumah ialah dpt antar dan sambut suami balik kerja.
Sungguh rasa sangat indah, bila dapat bukakan pintu kat suami, sambut, cium tangan.
Nasi dah terhidang atas meja. Dengar suami bercerita tentang kerja dia haritu.
tambahan kan, bila tengok jam tu, lagi setengah jam laki nak balik,
time tu mulalah sibuk cari minyak wangi, cari lipstick, cari sikat
siap cium2 baju takut bau ikan goreng tadi..hahahaha..

4. Boleh asah skill memasak
Banyak masa utk godek2 segala apa yg ada kat dapur. Nak belek2 buku resepi.
Yg x pandai masak pun jadi pandai tau..dah memang kena masak pun kan.
Xkan jadi surirumah, laki kena makan kat luar jugak.hehe.

5. Cuti x payah apply
Sebagai seorang isteri kepada cikgu, yg memang banyak cuti tu kan???
cuti adalah penting yea...so kalau jadi surirumah ni x pyh ler pening2 nak apply cuti kalau time cuti sekolah tu tiba.
Pendek kata kalau sebulan cuti sekolah, sebulan ler balik kg ek..hehe.
Boleh kemana ajer tanpa pikir kerja...masyukkk sunggguhhhh...
Kalau kerja x dapat ler cuti sakan kan?kan?kan?

Banyak lagi tau kelebihan surirumah..
malas ler nak senarai sumer, kang org menyampah lak nak baca.

Tapi ada ler jugak time x bestnya kan...
Time x best mesti ler time nak membeli dengan sesuka hati tanpa segan silu.
tambahan apa yg kta nak beli tu, melebihi amaun elaun bulanan..hehehe.
Rasa segan nak mintak memintak ni (mama ler, org lain x tau)
Sanggup pendam, diamkan dalam diri dengan harapan suami memahami
(tapi dah ngko x bagitau, mana dia nak tau kan)..hehe

yg x best jugak bila nak menjawab segala pertanyaan orang, cemuhan orang
bukan semua orang paham kelebihan jadi surirumah ni tau.
yg ramai org nampak ialah surirumah ni, kuno dan x best..huhu

Cer baca..cer baca kata pakar berkenaan surirumah
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bukansenangjadisurirumah/Article

entry dulu2 pasal surirumah..kalau nak baca ler
http://violetgloves.blogspot.com/2011/01/siapa-kata-senang-jadi-surirumah.html
http://violetgloves.blogspot.com/2010/05/antara-yg-berilmu-dan-cetek-ilmu.html







Nota kaki:
xtau kenapa membebel gini..xder motip sebenarnya..hahaha

Jumaat, 22 April 2011

MISTERI SUARA MISTERI

Petang semalam hujan lebat di Subang Jaya ni.
Bersama kilat sambar menyambar, guruh berdentuman..
Arggghh, memang mama seram + takut..
Tambahan tinggal berdua pulak ngn Dhiya, papa gi tuisen.

TV plak...Alaaaa, ASTRO maca, ler u oll xtau
Ase hujan jer tv pun sama jer gelapnya ngan langit kat luar nun. huh.
Lagi ler rumah sunyi sepi...Dhiya duk kusyuk main ngan mainan
Then, mama ke dapur nak buat something for minum petang.
Dalam hati terpikir jugak, sejuk2 ni buat pengat ker bubur ker sedap jugak
Papa balik sejuk2, dapat hirup pengat ngan teo panas..uihh nikmat.

Masa mama kat dapur, tengah gentel gandum nak buat 'Butir Nangka'
(Dhiya duk main dalam blik)
Mama dengar Dhiya panggil mama..
'Mama, mamaaaa....mamaaaaaaaaaaaaaaaaa"
macam agak2 sayup sebab hujan lebih kuat, cara panggil tu macam tgh takut
Mama pun jawab "Ada apa Dhiya, mama kat dapur ni"
sambil kuatkan sedikit suara, sebab takut suara ditelan hujan

Selang beberapa minit
'Mama.....mamaaaaaaa..........mammmaaaaaaaaaaaaa"
skali lagi Dhiya panggil...Mama pun jawab lagi
'Dhiya,...mama tengah buat kuih ni. Kenapa???'
Senyap jerx berjawab pun.....
Dan selang beberapa minit lagi
'Mama...mamaaaaa...mamaaaaaa'

Mama pun basuh tangan, lap2..then terus ke bilik Dhiya.
Kesian plak..cara dia panggil tu takut dan nak mintak pelindungan dari mama
Mama terpikir dia takut kilat or guruh agaknuya
Sampai kat pintu bilik, tengok Dhiya tengah kusyuk main....
Pastu, mama pun macam terpinga2, terpisat2 kat pintu bilik tu
macam xder tanda2 Dhiya panggil mama pun
Bila nampak mama kat pintu bilik tengah perhatikan dia
Dhiya trus tanya mama
"ape mama? mama cakap dgn siapa" (kenapa mama)
'Tadi Dhiya panggil mama ker? kenapa panggil mama?"
"Dhiya main ler mama, dhiya x kacau mama pun"



Gulpppp...telan air liur jap...
Hati macam dah x senang kan, si mama tu memang dah dasar penakut.
Terpikir plak suara siapa tadi.....tapi memang sebijik suara Dhiya ler.
Xkan ler mama x kenal suara anak sendiri. Dengan nada dan cara panggil tu
sebijik mcam Dhiya...Seram sekejap...
Nak kata jiran tetangga, xkan ler hujan2 ni mama dengar dekat plak suara dowang.

Tapi mama tetap buat berani, cekalkan hati.
Meneruskan aktiviti membuat butir nangka..
Pastu Dhiya pun datang ke dapur....Mama buat aper??
Sebab mama dia dah seram dan meremang bulu roma, maka
"mama buat kuih...Dhiya tolong mama nak? teman mama kat dapur ni.."
"ok..." jawab Dhiya
"Jangan main sorang2 kat bilik time hujan2 ni, ribut kuat. Takut"

Sebabkan mak dia penakut, tanpa sedar ajar anak jadi penakut..hadoiiiiii.
U oll jangan tiru tips parenting yg ni ek...hahahha...

U oll pernah alami macam nih? CErita ler..cerita lerrr..
Dulu selalu nenek pesan, kalau kilat or guruh jgn tengok cermin.
nnti syaitan menumpang...kilat, guruh dan petir tu tanda amarah Allah

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

Nota kaki:
U oll kenal ker bubur butir nangka? org Kelate komfom kenal. 
nnti ler ek buat entry, skrang ni xleh uload gambor..huhu


*Masa taip entry ni, walaupun dah tengahari tapi still meremang bulu tengkuk