Selasa, 23 Februari 2010

KASIH SUAMI ISTERI

Jom kita sama2 jadi pasangan idup yang terbaik...
mama suka baca ni..asenya berguna jugak untuk kebahagiaan rumah tangga...
SELAMAT MENCUBA,,,,

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat
kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin
harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan
sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang
dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum
keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia
tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja
sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan
perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga
hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan
walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau
sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia
sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk
mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta
bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau
geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa
tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu
pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang
kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri
melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan
pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama
untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam
rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda
mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Tiada ulasan: