Jumaat, 27 April 2012

BERTEMU SAUDARA DI TEMPAT ASING

Duduk jauh dari hiruk pikuk bandar..
bergaul dengan masyarakat desa, kekadang memberikan kita
gambaran manusia yang jauh berbeza..
mungkinkah kerna hierarki yang berbeza, 
atau kualiti udara yg disedut memberi impak yang berbeza

Saya selesa di kampung ini...
dengan suasananya, dengan masyarakatnya, dengan sahabat yang saya ada disini
kehidupan disini mengajar saya erti sederhana..
kawan-kawan saya disini mengajar erti toleransi
dan sahabat-sahabat saya disini mengajar erti hormat-menghormati

kami jauh dari hiruk pikuk kota
tapi itu memberikan kami udara yg bersih dan segar
walaupun kekurangan pusat membeli belah.
segala yang ada disekeliling sekadar ada..

Tapi disini saya bina kekuatan diri
ditunjangi kawan-kawan dan sahabat yang sentiasa ada
disini belum pernah kenal erti musuh
disini susah yang datang mesti ada yang hulurkan tangan

Saya bahagia dikelilingi oleh insan2 berhati mulia
kerana sebelum saya kesini, 
saya sentiasa dibayangi seseorang yang berhati busuk
yang nampak segala kekurangan saya dan mengambil kesempatan pada itu
dalam saya sengsara
\saya dicampak kesini, dan sejak kaki saya menapak disini
saya x pernah rasa susah...saya x pernah rasa janggal
saya gembira, saya bahagia....saya bersyukur

buat sahabat2 yang sentiasa ada disisi saya
tika susah senang, yang sentiasa membantu saya
terima kasih tidak terhingga.....
sesungguhnya disini, biarpun dulu sedikit asing
tapi saya temui saudara.........


Nota kaki:
sekali kita nampak keburukan orang, 10 kali kita menampakkan keburukan sendiri.

3 ulasan:

azurazimi berkata...

Eily, jemput BW my blog http://azurazimi.blogspot.com/

nad berkata...

sangat hepi dgn eily skrg ni
moga terus bahagia :)

mummyrinazone beauty berkata...

aily semoga apa eily buat dpt lindungan n keberkatan dr allah