Khamis, 3 Mei 2012

ANAK-ANAK KHAS TETAPI ISTIMEWA

Setiap insan dilahirkan ada keistimewaan
Dari sudut berbeza-beza semestinya.
Dan tika lahirnya kita kebumi, semuanya telah ditentukan illahi..
baik rezekinya, ajalnya, jodohnya..
redhalah dengan siapa kita seadanya.

Hari-hari saya terhibur dengan anak-anak istimewa
walaupun x ramai hanya 5 orang
tapi kepelbagaian tingkah mereka sangat menghiburkan
berkawan dengan mereka sebenarnya sangat menenangkan
kerana mereka tidak pandai menipu, lurus dan jujur
mereka anak2 yang sangat istimewa.

Melihat keletah mereka, buat saya sentiasa muhasabah diri
betapa saya serba sempurna kalau dibandingkan mereka
tapi saya kekadang jeles dengan mereka 
kerana mereka tiada masalah untuk dipikirkan..

Dan saya bangga dengan sahabat2 saya 
yang mengajar, mendidik mereka setiap hari
betapa sahabat2 saya ini dikurniakan Allah kekuatan, kesabaran yang tinggi
dan saya menceduk sedikit kesabaran mereka..
dan saya belajar dari anak-anak istimewa ini agar tabah, cekal
dan mensyukuri apa yg saya ada sekarang..


Nota kaki:
This entry dedicated to: Siti, Harina, Zarul.......wa respect sama u olls n especially untuk 
Syahrul, Haikal, Afiq, Aidil...semoga suatu hari kamu semua berjaya menempuh kehidupan penuh mencabar ini...Insyalllah......

if u oll terbaca entry ni someday....thank u for being parts of my life...

1 ulasan:

Lelord berkata...

masa thn 2009 lela jd guru pentaksir kontrak kat sjkc, sekolah ni mmg ada kelas pendidikan khas autisme keletah dorang mmg buat kita terhibur. dorang pun ada hati dan perasaan. masa dh nak abis kontrak saja la belikan dorang donut yg cantik2 next day tu salah sorang student ni beria2 bg lela biskut kering, amik la jugak kan nak jaga hati budak. nampak dari situ dia ada niat nak membalas ape yg kita bg wpun hanya biskut