Isnin, 2 Ogos 2010

ANJUNG SELERA :)

Bila hari isnin jer..kebanyakan blog kengkawan sume post entry masak memasak di ujung minggu...
Maklum ler ujung minggu waktu bersama keluarga kan? kan?kan?
Ader resepi yg buat perut mama berkeroncong...terliur tengok dowang post gambar2 masakan gitu...x kurang jugak yg guna DSLR effect sampai nampak ag menggiurkan lauk pauk dowang..

Mama pun nak post entry tentang menu-menuan  jugak ler...let's picca do the talking..hahaha
(cisss...x senonoh..meniru)

Ikan kembung goreng berlada

Sup sayur feveret Dhiya

Sotong kunyit

(sotong ni mama goreng ngan kunyit dan santan... goreng sampai kering..jgn lupa daun kunyit nyer)

Itu ajer...xder yg menarik pun...

Selamat menjamu selera kengkawan...skang ni lunch hour

Nota kaki:
Semalam nak buat sotong sumbat kononnya...tapi sampai jer umah lepas merewang..
sotong ntah ke maner....kuali ntah ke mana..huhuhu..pepaham ler u oll sumer. :P

ANAKKU BERHATI KERING

Semuanya terjadi malam kelmarin. Dhiya mengamuk dengan semengamuknya...atas sebab nak tengok tv. Papa lak gi men badminton ngan kengkawan. Sepanjang hari Dhiya x tido, so mama mengharapkan Dhiya tido awal pada malamnya.
Malangnya baru 10min tido Dhiya bangun, nak tgk tv. Masa tu dah 12 tengah malam. Dngan penuh sabar mama pujuk, ajak tidur semula...tapi makin kuat plak suara Dhiya mengamuk.menjerit2, menangis dengan semahunya...

Mama dah agak panas...tetiba tingat plak kat entry 'kemahiran menyerap bunyi' dari Diyana..
macamaner Diyana mendiamkan anknya yg menangis dengan menangis lagi kuat dari mereka...
Mama ase nak try skill tu sebab dalam hati mama terpikir semua anak2 mesti takut atau sedih bila tengok mama dowang nangis...mama pun menangis dengan nada kuat skit dari suara Dhiya..
nak tau aper jadi???????

Dhiya langsung x endahkan mama, makin tinggi ag suara dia ader laaa...
'mama nak ibi'...'mama nak ibi'..'mama ucak ibi'....sambil tangan tu tarik tangan mama, tarik pipi mama, tarik muka mama...nak jugak bukak tv....Mama yg meraung menangis tu langsung dia x hirau...
Ya Allah ya tuhanku..kerasnya hati anak aku..

Tiba2 hati kecik mama tersentuh...air mata mama mengalir dengan laju. Sebak menguasai dada mama...x semena-mena mama menangis. Air mata semakin laju, teresak2 mama dibuatnya...
Hati mama sedih bukan kepalang...
Mama bayangkan, camner kalau kekeringan hati Dhiya tu kekal sampai dia dewasa. Macamaner mama masa tu, adakah Dhiya sanggup ketepikan mama demi kehendak dan kemahuan diri sendiri.

Ya Allah, dimana agaknya silap mama mendidik Dhiya. Di mana kurangnya perhatian dan kasih sayang mama utk Dhiya. Mama dah cuba wat yg terbaik utk Dhiya..korbankan kerjaya, korbankan kesenangan...semuanya kerana mama lebih pentingkan tanggungjawab mendidik dan membesarkan Dhiya.

Dhiya..anak mama sayang, mama sedaya upaya didik Dhiya dengan sebaiknya, dengan penuh kasih sayang, dengan penuh ikhlas. Mama sedayanya akan bekalkan Dhiya dengan pendidikan yg terbaik samada duniawi atau ukhrawi. Mama x mengharapkan apa2 balasan dari Dhiya kecuali jadilah anak yg baik, anakku. Jadilah anak yg solehah..yg taat dan sayangi org tuamu...itu jer harapan mama.

Mungkin Dhiya masih kecil, xper mama redha dengan apa yg dah terjadi walaupun dari sudut hati kecil mama, mama kecewa dengan tindak balas Dhiya. Mungkin ada kesilapan mama dalam mendidik Dhiya selama ni.

Andainya suatu hari nnti, Dhiya dewasa dan blog ini masih bernyawa...dan andainya Dhiya terbaca entry ini, mama nak Dhiya tahu tiada apa dalam dunia ni yg dapat tandingi kasih mama untuk Dhiya...dan mama halalkan susu mama selama 2 tahun itu untuk Dhiya. Harapan mama, semoga susu yg mama susukan utk Dhiya itu menjadi darah daging yg baik, dan menjadi jati diri utk Dhiya jadi anak yg baik...Aminnnn

Mama dan papa sayangkan Dhiya dengan sepenuh jiwa.

 Bismillahirrahmanirrahim....

© Segala puji dan syukur hanya untuk Allah Tuhan alam semesta. Ya Allah limpahkanlah solawat dan salam   

      kepada Sayidina Muhammad, pembuka pintu rahmat Allah, Sebanyak pengetahuan Allah, selawat dan salam 
      yang selalu tercurah sekekal kerajaan Allah, dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya. 
© Ya Allah jadikanlah aku dan keturunanku orang-orang yang selalu mendirikan solat, Ya Allah, kabulkanlah doaku. 
© Ya Allah berilah aku ilham untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada  ibu-bapaku, dan agar aku dapat beramal soleh yang Engkau redhai, jadikanlah keturunanku orang-orang  yang soleh, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. 
© Aku serahkan anak-anakku di bawah perlindungan kalimat Allah yang sempurna dari ganguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh kedengkian. 
© Ya Allah berkatilah anak-anakku, janganlah Engkau celakan mereka, kurniailah aku ketaatan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan kedua orang tua mereka. 
© Ya Allah berilah mereka ilmu para arifin, jadikanlah mereka faqih (alim) dalam agama, ajarkan kepada mereka pengetahuan takwil, dan tuntunlah mereka ke jalan yang lurus dan benar, dan jadikanlah mereka ulama yang mengamalkan ilmunya, dan masukkanlah mereka ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh. 
© Ya Allah tumbuhkan mereka dengan sebaik-baik pertumbuhan, dan jadikanlah mereka orang-orang yang memberi petunjuk dan mendapat  petunjuk. 
© Ya Allah berilah mereka taufik untuk menyintai-Mu, mentaati-Mu dan   mencari keredhaan-Mu. Ajarkanlah kepada mereka semua yang bermanfaat  dan berilah mereka manfaat dari semua yang Kau ajarkan. 
© Ya Allah lindungilah mereka dari segala fitnah, baik yang nyata maupun   tersembunyi, dan juga dari segala macam kejahatan.
© Ya Allah mudahkanlah urusan mereka, dan perbaikilah keadaan, perbuatan dan  niat mereka .
© Ya Allah berilah mereka kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat. 
© Ya Allah bantulah mereka agar dapat mengingat-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan sebaik-baik amal ibadah. 
© Ya Allah akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan dan  selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat. 
© Ya Allah jadikanlah pendengaran, pandangan dan kekuatan mereka menyenangi jalan petunjuk-Mu, dan jadikanlah hawa nafsu (keinginan) mereka  patuh pada ajaran yang dibawa oleh kekasih-Mu Muhammad SAW. 
© Ya Allah selamatkanlah mereka, berilah kesihatan dan maafkanlah mereka, panjangkan umur mereka dalam ketaatan dan keredhaan-Mu, terimalah amal mereka, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu dan  Engkaulah yang patut mengabulkan doa. Dan limpahkanlah selawat dan salam kepada Sayyida Muhammad SAW serta kepada para keluarga dan sahabatnya.
Walhamdulillaahi Rabbil ‘Alamin.

Ahad, 1 Ogos 2010

ALPUKAT COKLAT vs AYAM PENYET

Dah lama sebenarnya mama ni ase nak sangat minum avacado coklat..kata orang indon Alpukat coklat..x tau ler naper tetiba jer ase tingin..(opppsss...mama bukan ngidam k!) sajer2 nak minum. Then mama pun melentuk liuk kan leher kat papa...mula2 x menjadi, xper lentuk ag..selagi x tergeliat leher tu mama lentuk baikkkkk punyer..hahaha..

Akhirnya belum sempat leher tergeliatt, usaha telah pun berhasil........

Kami ke RESTORAN AYAM PENYET JJKC, USJ 9, TAIPAN (Ala, 5 min jer dari rumah, tp lum pernah ag layan restoran ni...jom terjahhhhhhh)....beselah restoran ayam penyet ni kan, semua masakan indon tersedia. Layannnnn menu jom..


Ni menu mama...Menu yg paling laris kat kedai ni..nasi goreng ayam penyet..
rasanya..pedas sebab nasi digoreng ngan cili padi...mebelesssss
Guna gambar ni sebab.......
menu sebenar..dah separuh makan baru tingat nak snap...x senonoh kan?

Ayam penyet plihan papa...makan ngan nasi putih

Talapia penyet pilihan tokma

My avacado coklat...delecious
tp kat kedai ni x best sangat ler...coklat dia skit sangat..kedekut
Mahalnyer ya ampun..
order soto ayam kat Dhiya..tapi nak makan nasi lak..huh
Nak bergambor nyer pasal..terpelanting telur kat meja tuh..senonoh toi.

ok..perut pun dah kenyang..kami pun nak balik dah...

Secara keseluruhan..xder la best sangat kedai ni...
Kat maner nak cari alpukat coklat yg best nih..yg x kedekut coklatnyer..


Nota kaki:
*Bila citer makanan indon ni teringat kat member mama, Yati kat Bandung.."yati, bila mau ke Malaysia ag?"
nak kirin avacado banyak2..hahaha
*Dah lama betul Yati ni x contact mama...ape kabar dia agaknya

BAD SHAWL DAY!!!! :(

Klau perempuan2 yg rambut percuma (free hair ler....) dowang panggil bad hair day bila hari2 yg rambut dowang liar x dapat dijinakkan lagi tuh..hehe. Bagi golongan pompuan macam mama yg bershawl ni..kena panggil bad shawl day..kuikuikui..istilah tu mama reka sendiri.

Korang pernah hadapi x? Semalam mama menghadapinya...sedih dan teramat tensen. Semalam dalam jadual aktiviti kami merewang ke JUSCO Bukit Tinggi. Lepas lunch mama pun bersiap, dalam kul 3 mama pun start mengenakan shawl...tapi entah naper shawl yg slalunya 5 min jer leh siap harini sampai kul 4 pun x siap ag...papa dah jeleng2 kat mama..so daripada papa cancel g merewang mama pun kuar jer ler ngan shawl yg xtaulah macam aper..huh..
Ni gambar sebelum keluar rumah...
eh..saya tidak pregnant ye..baju itu terangkat dan tersangkut kat almari tu..huhu

This is one of my favoret shawl..slalunya dia x meragam pun..harini ntah naper macam ampeh.
 Ni ler gaya mama gi jengjalan semalam..selebet giler asenya

Bila sampai dalam kete...tgk mirror x puas hati giler asenya...gerammmmmmmmm..nak marah pun ad


Korang slalu x kena macam ni?
Papa kata shawl tu x menjadi sebab mama emo arini. Emosi terganggu then shawl pun x jadi...bole ker camtu?



Nota kaki:
*Masih jeles kat orang yg nampak cantik jer pakai shawl..huhu
* kali ni kuar dgn mood yg melayang sebab shawl ni ler..hadoss..sudahnya sampai kat Jusco, masuk tandas pin jer kat belakang..xder lilit2..Gerammmm tauuuu (semakin selekeh jadinya)