Suamiku
Terlafaz lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku telah kau miliki
Dalam keterharuan
Air mata ibuku berguguran
Ayahku sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan
Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau akan kecewa bila terlihat kekurangan
Jika diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang
Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat
Menerimaku kerana agama
baru hidup beroleh berkat
Bahagia hingga ke syurga
Ketahuilah suamiku
Kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan Rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju Yang SAtu
Suamiku
Kita dua insan berbeza
Cita dan Cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya
Suamiku
Asam garam rumah tangga
Khilaf dan salah pasti ada
sama-samalah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia
Suamiku
menang bukan beerti benar
Kalah bukan beerti salah
Salam berdebat hormat memagar
Tawadukmu budi terindah
Suamiku
berjanjilah padaku
Dengan kemuliaan dirimu
Kenalkan daku dan generasiku
Pada kemuliaan Penciptamu
Nota kaki:
*Kandaku, dinda tau kanda akan baca blog ni....
sesungguhnya diri ini ikhlas menjadi isterimu, menerima buruk dan baikmu,
redhalah dengan adanya dinda sebagai isterimu demi jodoh kurniaan Allah ini.
Semoga kehidupan kita, lebih diredhai, segala kekhilafan kita Allah ampunkan.
Sesungguhnya perkahwinan ini amanah Allah..
Isteri itu amanah Allah pada suami, Anak itu amanah Allah pada suami dan isteri..
*Buku Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul...
Penghargaan buat pada suami yg membahagiakan isterinya
dan penghormatan buat isteri yg memuliakan suaminya
buku yg sangat indah untuk dibaca untuk suami isteri..
Isnin, 3 September 2012
Jumaat, 17 Ogos 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Selamat hari raya semua..
hati-hati memandu pada yang pulang ke kampung halaman
Semoga raya tahun ni membawa keberkatan
Ikhlas dari:
Kami sekuarga
Khamis, 16 Ogos 2012
SALAM LEBARAN 2012
Salam Lebaran Buat semua pembaca setia "warnawarni kehidupan"
Esok me dah start cuti.
Dah berminggu-minggu blog me ni bersawang
wifi umah me ni rosal lorr..huhuhuhu..
me x sempat langsung nak bercerita pasal puasa tahun ni
Neway...
dah nak raya dah pun ni..
me dengan rendah diri, memohon ampun dan maaf
dari kengkawan semua, sepanjang perkenalan kita
sepanjang me menulis ada yang terkasar bahasa
dan mengguris hati.....me manusia biasa
Raya tahun ni.......
Alhamdulillah....masih beraya sebagai seorang isteri
sedangkan ada mereka-mereka yang kehilangan suami
Masih lagi bergelar ibu, beraya dengan anak
sedangkan ada antara mereka-mereka
yang x dapat beraya bersama anak-anak
Masih lagi ada ibu-bapa
masih lagi dapat beraya dengan nenek kesayangan me
Alhamdulillah, syukur sangat2, tuhan limpahkan rezeki..
Persiapan raya???
Alhamdulillah
Baju raya, kasut raya, henbeg raya, kuih2 raya
semuanya dah settle, semua dah masuk kereta dah pun
yang lebih beria-ia tentunya Dhiya laa...
Apa yang penting,
sememangnya raya tahun ni
paling bermakna untuk me...
Hanya Allah tahu apa nilainya pada me...
salam Aidilfitri u oll semua..
semoga raya kita tahun ini diberkati Illahi.
Nota kaki:
Nntikan entry raya nnti yea.....
hahhaa..x sabar jugak nak dengar cerita raya u oll
Khamis, 2 Ogos 2012
KEPUASAN vs KEINGINAN (NAFSU)
![]() |
| Steve Madden RM630 after less 50% = RM315 |
![]() |
| RM63 |
Agak2 u oll maner yg i akan pilih??? hahahha
Kalau pilih yg 1st tu dapat 3 pasang yang bawah..hehehe
Sebenarnya keduanya i xnak...
i duk berkenan kat Nine West..
kalau nak wat perbandingan harga tu lebih kurang jer macam kat atas
Tapi Mrs.K kata..
"Rembat jer Yunk, Time to reward urself"
Dear, I like that statement............semangat membara2 jadinya.haha
Nak raya glamer ler kengkununnya..nyampah mak...
padahal orang bukan tanya pun kasut lu brand aper..huh
nota kaki:
Kasut paling mahal i pernah ada setakat ni ialah Lewre sajok..
Langgan:
Catatan (Atom)



