Suamiku
Terlafaz lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku telah kau miliki
Dalam keterharuan
Air mata ibuku berguguran
Ayahku sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan
Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau akan kecewa bila terlihat kekurangan
Jika diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang
Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat
Menerimaku kerana agama
baru hidup beroleh berkat
Bahagia hingga ke syurga
Ketahuilah suamiku
Kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan Rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju Yang SAtu
Suamiku
Kita dua insan berbeza
Cita dan Cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya
Suamiku
Asam garam rumah tangga
Khilaf dan salah pasti ada
sama-samalah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia
Suamiku
menang bukan beerti benar
Kalah bukan beerti salah
Salam berdebat hormat memagar
Tawadukmu budi terindah
Suamiku
berjanjilah padaku
Dengan kemuliaan dirimu
Kenalkan daku dan generasiku
Pada kemuliaan Penciptamu
Nota kaki:
*Kandaku, dinda tau kanda akan baca blog ni....
sesungguhnya diri ini ikhlas menjadi isterimu, menerima buruk dan baikmu,
redhalah dengan adanya dinda sebagai isterimu demi jodoh kurniaan Allah ini.
Semoga kehidupan kita, lebih diredhai, segala kekhilafan kita Allah ampunkan.
Sesungguhnya perkahwinan ini amanah Allah..
Isteri itu amanah Allah pada suami, Anak itu amanah Allah pada suami dan isteri..
*Buku Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul...
Penghargaan buat pada suami yg membahagiakan isterinya
dan penghormatan buat isteri yg memuliakan suaminya
buku yg sangat indah untuk dibaca untuk suami isteri..
3 ulasan:
wahh romantiknye....
mudahan jodoh kalian berkekalan
eily KUAT!!!!!!!!!!!!!
sweeeet...!!
Catat Ulasan