Jumaat, 2 Mac 2012

MENJADI JUGAK SI HITAM GEBU

Awal bulan Feb aritu : 09.02.2012
besday unty ilah yang ke ........
Memandangkan unty ilah bercuti semester time tu
then dia duk umah mama, kekadang tolong jaga Dhiya
dan dia menunjukkan good performance
bila rajin mengemas, memasak dan buat2 kerja umah utk mama
Maka mama pun terpaksa ler merewardkan dia..
(hahahha..terpaksa gitu, unty..hehe)

So balik jer kerja, malam tu mama pun menyinsing lengan
mencuba nasib utk membuat kek utk unty.
try n error jer, kot2 ler jadi, kalau x jadi pun
mama akan paksa jugak unty makan. haha

rumah mama memang xder cukup bahan
almaklum ler buat keknya jarang2 skali
memasak pun dah jarang2 sekarang
So guna ler apa ajer yg ada kat rumah tu jer.

Agak2 jadi x kek mama??????
Nak tengok?????












 Chocolate moist untk Unty dengan peanut.

 Hepi besday unty...
sowi ler gambar x menarik, guna enpon ajer


Memang menjilat jari sungguh ni.
Kek ni kami makan utk breakfast, lunch n dinner.
hahaha. x payah makan nasi.
Percaya ker????

Memandangkan busday unty dah lama lepas
so entry ni bukan utk mengucapkan epi besday unty
tapi untuk reward diri mama sendiri sebab 
berjaya buat kek untuk unty...
menjadi jugak ler party kecik kami sekuarga..haha

Nak resepi ker kengkawan??
nnti ler kot2 berkesempatan mama pos dalam DAPUR DINDA


Nota kaki:
Ada ker mak saya suh buat kek kukus ni utk hantaran tunang adik lelaki saya..huhuhu
x sanggup den mak..hahaha.

Khamis, 1 Mac 2012

MINAT MISTERI

Sekarang ni musim kebanyakan drama or filem
mesti berasakan novel, 
secara x langsung novel cintun semakin laris dipasaran
Terkini dan sensasi lepas ombak rindu mesti ler gemersik kalbu kan?

Novel ombak rindu mama, masih ad dipinjam
novel gemersik kalbu ntah pada siapa dah pun
kalau wat charge per hari maunya kaya mama wat pinjam novel
ramai org tengah mentelaah novel ni

tapi ntah naper, mama x berminat ler ngan novel cintun sekrang
x minat nak baca, sebab rasanya ending macam samer jer
Mama dah beralih arah tau....

Kan bebaru ni Unty ilah dapat voucher buku
unty ilah plak dah last sem, so mama pun mengepau ler
tapi idok ler sampai hati mengepau macam tu ajer
bayor ler skit2 hajat nyer..hehe

Sekarang ni mama suka novel seram, thriller, fiction
memang dalam hati ni taman kurang berbunga ler..hahaha
Jom tengok aper mama beli.....


Jejawi Tua
Ni novel Seram Islamik
Best sangat, tapi seperti bese ler..
Novel seram ni, kekadang kita kena berpikir out of the box
kena bayangkan, tafsirkan dengan pengetahuan yg ada
kalau sekadar baca kosong mesti kita x paham sangat...
dia nyer sipnopsis:

Apabila Iktikad dan Tauhid tidak bertaut, seluruh pegangan adalah makhluk
Antara Jejawi Tua dengan Tok Tom, barangkali ada pertalian besar yang kurang dicemariAntara Tok Tom dan Angah Soyah, barangkali ada dendam yang belum terurai...

PESANAN MAMA: Jangan biarkan dirimu selelubungi misteri..
(Sambil bayangkan ZainalAriffin dengan gaya tangannya sekali) hahahah

yang ni pun dah abis baca..cerita dia menarik sangat
tapi nama pun fiction, kena ler paham skit ngan istilah fiction
best cerita buku ni, kita rasa semua orang jahat
sampai susah nak teka siapa penjahat sebenar sampai ler akhir cerita



Haha..yg ni 1 ag...
Mama beli sebab ramai yg kata mama lama x update Dapur Dinda
pastukan, unty ilah nak belajar memasak.
so kiranya buku ni hak milik bersama ler.hehe
Tapi sejak ada buku ni, pastu sepanjang cuti ni unty ilah rajin masak.
suker..suker..hehe


Memang mama puas hati ler beli buku2 tersebut
xder ler baca macam rasa membazir jer beli..
cumakan...ada 1 perkara ni yg mama memang x puas hati
nak tau aper?????


Maner aci camni kan?
Xder makna ler blanja, kalau sign initial sendiri
ntah aper2 unty ilah....mcm x ikhlas jer.hahah



Nota kaki:
Dah ada beberapa gambar n resepi nak update dapur dinda
tapinya mood belum sampai, masa belum mengizinkan..huhuhu
Nak tunggu dapur rabu siap kot..hahaha

Rabu, 29 Februari 2012

29.02.2012, IT'S A LEAP YEAR

Harini 29.02.2012
Harini dalam sejarah buat mama
Kerana, harini buat pertama kalinya
mama tulis entry untuk 29 February.
Bukan senang tau, 4 tahun lagi baru jumpa entry 29.02


Terbayang2 lagi 29 Februari 4 tahun yang lepas.
Mama masa tu baru lepas bertarung nyawa melahirkan Dhiya
Alhamdulillah semuanya selamat
29.02 tu kiranya hari pertama ler bergelar "mama"

Dhiya lahir pada28.02.2008
pada pukul 11.39 malam...
Mama lahirkan Dhiya secara pembedahan
Lepas ajer sedar tu, soalan pertama mama tanya Doktor
"Doc, anak lahir saya lahir bila? Sempat x lahir 28? Ker 29?"
Bukan main banyak tanya kat Doc.
Doc tu boleh gelak kat mama then dia kata
"Takut betul awak anak awak lahir 29.02 yea, xnak tny anak selamat ker tdk???"
xtau ler doc tu bergurau ker perli..hahahhaa

Siyesly, memang itu jer terpikir nak tanya
then doc tu jawab " jangan isau anak awak lahir pukul 11.39, 28.02.08"
Mama pun senyum then baru tanya " Anak saya ok doc?"
"Alhamdullillah, sihat walafiat"....lega...................

Xceli mama nyer due date, 07.03.08
Kiranya Dhiya lahir awal seminggu...
Sebelum tu mama dah berbual2 ngan papa,
camner kalau Dhiya lahir 29.02
Memang unik tarikh tu, tapinya jenuh ler kami nak menjawab nnti
mesti tiap2 tahun Dhiya tanya, bila besday Dhiya?
Nak tunggu Dhiya faham konsep tahun lompat tu
tiap2 tahun mama ngan papa kena prepare jawapan
Mujurlah semua tu x menjadi kenyataan..hahaha

Itu pengalaman lucu, unik, dengan tarikh 29.02
Semua tu kenangan buat mama...
Teringat lagi Doc kata "Lepas ni kena planning betul2,
jgn plak saya jumpa  4thun lagi di bulan Febuary jugak"
hahahha..4 thun dah berlalu, masih ag x jumpa Dr. Kamal Baharin..
Inysallah, ada rezeki kita jumpa yea doc, maybe tahun ni or tahun depan
tapi yg pasti bukan bulan feb..

Ada lagi 1 cerita lucu,
akak yang sebelah katil mama tu
28.02. malam tu dia dah sakit..
dia tanya doc ' Doc leh x delaykan baby saya for 1 day?"


Nota kaki:
Doakan mama beroleh rezeki untuk preggy ag yea kengkawan.

Selasa, 28 Februari 2012

MEMBESARLAH BAGAI JUARA, PUTERIKU


Hari ini 28.02.2012..
4 tahun telah berlalu
Tapi rasanya baru semalam mama dengar tangisanmu
Rasanya baru semalam mama sentuh jari kecilmu
rasanya baru semalam mama cium pipi harummu

Dhiya Khairina
4 thun sudah kamu mewarnai hidup mama
bina kekuatan dalam diri mama, bina 1 rasa bangga dalam diri mama
kerana hadirmu mama bergelar "mama"
Setiap keletah, tawa, tangis mu jadi halwa telinga mama

Dhiya Khairina
Membesarlah anakku, terokailah hidup ini
sekiranya jatuh nanti, bangunlah..tabahkan hatimu
sepertimana mama tabah keranamu
mama tetap akan ada untuk memimpin tanganmu
tetap disisimu...menemani setiap langkahmu

Dhiya Khairina
sesungguhnya kamu pelengkap, kamu penyeri 
mama amat sayangkan kamu, seluruh jiwa raga mama
Selamat ulangtahun kelahiran ke4, sayangku
Membesarlah bagaikan juara, 
Jadilah anak cemerlang dunia dan akhirat
Doa mama mengiringi setiap langkahmu
Moga Allah pelihara kamu, anakku...



Fresh...2nd Day

Pertama kali berjaya meniarap.. 4 bulan
Kamu menangis tiap kali tidak berjaya memusingkan badan
Akhirnya dengan susah payah,,,berjaya jugak meniarap..

Pertama kali berjaya melungsur laju ke depan
pertama kali kamu pandai melungsur, kamu bergerak mengundur
mama dan papa selalu ketawakan kamu..
x baik betul kami..
akhirnya kami bertepuk tangan bila kamu berjaya kedepan
Dan mama perasan air muka puas hati kamu..
Tahniah anakku

Bercubaan merangkak
Waktu ni kamu bersungguh2 untuk mengangkat tubuh..
akhirnya kamu berjaya merangkak.
Mama menangis tengok kamu...sambil tepuk tangan

ur first step..anakku.
akhirnya kamu berjaya melepaskan tangan dan melangkah ke arah mama
ini antara saat yg mama xkan lupakan..
rasa bertuah sangat kerana berjaya rakam saat ni
Air mata mama menitis lagi sambil bersorak seronok..

ur first car..
hari pertama papa belikan walker...

Pertama kali mengjahanamkan bedak compact mama..hehe
Anak mama dah pandai nak bermakeup..

ur first teeth..
kamu tumbuh gigi taring dulu..
semua orang kata kamu pelik..hehe
dan yg lagi pelik taring kamu tumbuh 2 skali

ur first competition
Pertama kali kamu join competition di Carefour subang jaya
Pertandingan baby dalam walker.
Kamu yg paling kecik skali..peserta lain semua 1tahun ke atas

First time jatuh.
Ya Allah, masa ni mama menangis macam orang giler..
huhuhu..tapi kamu kan kuat

ur first bike..

 Ur First Ride-naik merry go round.
Menangis kamu, tengok muka takut kamu tu.

Ur first lipstick..hahah
first time kamu bermakeup..
dah pandai nak melaram anak mama


Segala-galanya pertama bagi kamu tersemat dalam memori, mama
hepi 4th besday my cute princess............



Tanpa mama sedar, kamu dah besar upenya
dah pandai melaram, pandai buat lawak, pandai bercerita
Mama dah ada teman berbual, teman memasak
Kamu betul2 mewarnai hidup mama



Nota kaki:
Sedih plak ase..huhuhuhu..
*harini sambutan besday Dhiya kat sekolah..