Rabu, 29 Februari 2012

29.02.2012, IT'S A LEAP YEAR

Harini 29.02.2012
Harini dalam sejarah buat mama
Kerana, harini buat pertama kalinya
mama tulis entry untuk 29 February.
Bukan senang tau, 4 tahun lagi baru jumpa entry 29.02


Terbayang2 lagi 29 Februari 4 tahun yang lepas.
Mama masa tu baru lepas bertarung nyawa melahirkan Dhiya
Alhamdulillah semuanya selamat
29.02 tu kiranya hari pertama ler bergelar "mama"

Dhiya lahir pada28.02.2008
pada pukul 11.39 malam...
Mama lahirkan Dhiya secara pembedahan
Lepas ajer sedar tu, soalan pertama mama tanya Doktor
"Doc, anak lahir saya lahir bila? Sempat x lahir 28? Ker 29?"
Bukan main banyak tanya kat Doc.
Doc tu boleh gelak kat mama then dia kata
"Takut betul awak anak awak lahir 29.02 yea, xnak tny anak selamat ker tdk???"
xtau ler doc tu bergurau ker perli..hahahhaa

Siyesly, memang itu jer terpikir nak tanya
then doc tu jawab " jangan isau anak awak lahir pukul 11.39, 28.02.08"
Mama pun senyum then baru tanya " Anak saya ok doc?"
"Alhamdullillah, sihat walafiat"....lega...................

Xceli mama nyer due date, 07.03.08
Kiranya Dhiya lahir awal seminggu...
Sebelum tu mama dah berbual2 ngan papa,
camner kalau Dhiya lahir 29.02
Memang unik tarikh tu, tapinya jenuh ler kami nak menjawab nnti
mesti tiap2 tahun Dhiya tanya, bila besday Dhiya?
Nak tunggu Dhiya faham konsep tahun lompat tu
tiap2 tahun mama ngan papa kena prepare jawapan
Mujurlah semua tu x menjadi kenyataan..hahaha

Itu pengalaman lucu, unik, dengan tarikh 29.02
Semua tu kenangan buat mama...
Teringat lagi Doc kata "Lepas ni kena planning betul2,
jgn plak saya jumpa  4thun lagi di bulan Febuary jugak"
hahahha..4 thun dah berlalu, masih ag x jumpa Dr. Kamal Baharin..
Inysallah, ada rezeki kita jumpa yea doc, maybe tahun ni or tahun depan
tapi yg pasti bukan bulan feb..

Ada lagi 1 cerita lucu,
akak yang sebelah katil mama tu
28.02. malam tu dia dah sakit..
dia tanya doc ' Doc leh x delaykan baby saya for 1 day?"


Nota kaki:
Doakan mama beroleh rezeki untuk preggy ag yea kengkawan.

5 ulasan:

LYAfrina berkata...

a ah.. lepas ni... tgu 4 tahun lagi kan..

MRS. K berkata...

hehehe... mu cuzzy lahir 29/2.. hhuh..

mama rifQy berkata...

mujur dhiya xlahir 29hb!kalo x,4 tahun sekali la besday die..

amirah berkata...

huhuhu...insyaAllah adik dhiya coming soon.

wan nurul hezrina berkata...

oo ingtkan dhyia lahir 29..kalautak 4 tahun sekali jer sambut buffday=)