Khamis, 18 Ogos 2011

ENTRY PENGHARGAAN BUAT SEORANG SAHABAT

Pernah dengar orang kata
"Perempuan bersepah, tapi isteri susah nak cari?"
Kalau saper pernah tengok cerita budak Kelantan mesti
macam bese dengar ayat tu kan????

Tapi jgn salah anggap, mama bukan nak cerita pasal pompuan
ni nak cerita pasal seorang sahabat.....
Mama nak ucapkan TERIMA KASIH buat seorang sahabat
yg sentiasa ada, sentiasa disisi memberi semangat dan dorongan
sentiasa ada utk mendengar masalah, sentiasa memberi kata2 semangat.
Syukur sangat  kerana dunia  pembloggeran yg mengeratkan kami
Walaupun, dah lama saling kenal, dah lama serasi bersama (chewahh)
tapi hakikatnya kami x pernah lagi bersua muka...
Ajaibkan dunia blogger nih????

Terima kasih x terhingga buat MRS.K...
kerana sentiasa meminjamkan bahu, bila mama menangis
sentiasa mengambil berat, sentiasa bertanya khabar
sentiasa sudi mendengar masalah, dan cerita mama..

"Sedia mendengar.....that's what fren for"
ni sms dari MRS.K, sesungguhnya mama menangis kesyukuran
dikurniakan kawan sebegini.
Saat kesukaran melanda, saat ase jatuh terjelepuk
ada jugak yg sudi menghulur tangan, pimpin supaya kembali berdiri

Terima kasih, Kay...for being such a good fren indeed.
Semoga suatu hari nnti ada jodoh kita berjumpa yea.
Nnti me banja makan2 ek.....


Buat kengkwan lain jugak, tq..kerana sentiasa ada
menjadi penyokong mama, sentiasa ada memberi dorongan.
Hanya Allah dapat membalas jasa kalian semua

Nota kaki:
Buat balas di balas baik..
Semoga hidup kengkawan sentiasa diberi kebaikan

Selasa, 16 Ogos 2011

SELAMAT TINGGAL SUBANG JAYA

Dah lama rasanya x menulis..
Rindu pada kengkawan setia, hanya Allah saja yg tahu.
Tapi apakan daya, insyallah dalam masa terdekat ni
cuba mencari alternatif supaya dapat berhubungan semula..

Well, dah 2minggu++ menjadi perantau..
tetiba seronok plak dengan kehidupan baru ni
dikelilingi oleh orang yg baik2, sentiasa ada yg ikhlas memberi pertolongan
dapat majikan yg sangat prihatin, penyayang..
Ya Allah, menangis kesyukuran bila Allah permudahkan segala urusan
Serasi plak hati disini...

Keputusan dah mama buat, xkan kembali lagi ke Subang Jaya
Subang Jaya antara memori terburuk dalam diari kehidupan mama.
Kat sini mama sangat tenang
X sampai sebulan dah nampak jelas, hikmah yg Allah bagi.
Syukur sangat....cuma sedikit terkilan bila,
xpelah, yg mana duk Selangor tu, ada masa kita still leh gather2
Still boleh kontek mengontek. hehe

Kengkawan semua, doakanlah yg terbaik utk mama yea.
Hanya doa kalian penguat mama....



Nota kaki:
Sesungguhnya tiap kesusahan itu hadir bersama kesenangan, 
fitrah kehidupan semuanya berpasangan, cuma kekadang
bila dilanda kesusahan, kita butakan mata dari memandang kesenangan yg datang seiring.
Hanya susah yg kita nampak.

Jumaat, 12 Ogos 2011

BILA KITA DIUJI...

Salam Jumaat semua..semoga Jumaat kali ni membawa
seribu rahmat buat kita semua.

Sebuah kehidupan tu umpama masakan,
dugaan dan cabaran dalam kehidupan itu adalah rencahnya
jika tiada dugaan dan cabaran maka tiada rasa, hilang nikmatnya masakan kita.
Sebagai hamba pada yg Esa, kita harus yakin dugaan dalam kehidupan itu
walaupun sangat sakit di hati, sangat seksa di mata
tapi jika kita yakin setiap dugaan itu mendekatkan kita dengan Maha Pencipta
Insyallah kita akan merasa ketenangan

Orang kata hidup kita ni macam roda, sekejap di atas sekejap dibawah.
Tapi yakinlah yg percaturan Allah itu adalah yang terbaik utk kita
walau pada mata kasar kita semuanya pahit, tapi pandanglah dengan mata hati
betapa Allah itu sayangkan kita, kasihkan kita.

Setiap apa yg diaturkan Allah itu sesungguhnya amat cantik, amat indah
Jika Allah kata sesuatu itu bukan hak kita, maka biar apa pun yg kita lakukan
sudah tertulis ia bukan hak kita, mengapa harus kita tangisi
kalau Allah kata itu hak kita, ia akan tetap akan menjadi hak kita
biar apapun dugaan yg datang, biar apapun yg melanda hidup kita

So kengkawan, jika kita dilanda musibah
jangan sesekali mengalah, jangan sesekali ngaku kalah untuk berjuang
jangan sesekali terus tersungkur, kerana sesungguhnya
Allah tetap bersama kita sekiranya kita yakin dengan hadirnya Dia
Sekiranya kita tidak pernah lupakanNya

Mama bukanlah sebaik manusia, malah pengalaman dalam kehidupan juga masih cetek
tapi Alhamdulillah, tuhan menguji dan menguji hingga menyedarkan mama,
hingga boleh berkongsi sedikit rasa dengan anda semua.

yakinlah Allah itu sentiasa bersama kita, setiap masa setiap ketika.
Biar ada yg ingin musnahkan kehidupan kita,
tapi kehidupan kita di tangan Allah, kalau tidak diizinkanNya
maka kehidupan itu tetap akan sempurna buat kita.

Ingat jugak, kita ni sebagai ibu, yg mempunyai anak
kekadang balasan Allah itu tidak datang terus
mungkin silap kita harini, anak kita yg merasa keesokan harinya.
Sama-samlah muhasabah diri



Nota kaki:
Orang tua selalu kata, sekali kita buat jahat kat orang
10x kita akan mendapat kejahatan itu semula.........

Khamis, 11 Ogos 2011

KESIAN SUNGGUH

Sejak bekerja ni mama memang x dapat nak online
boleh online time ujung minggu jer, kat opis xder line tenet
ada tu ada tapinya linenya sangat ler tenat.. huhu, memang xleh ler nak bukak blog.

So kalau mama xdatang melawat umah u oll, sowi tau,
insyallah ujung minggu mama akan terjah cerita2 yg mama tertinggal.

Di sebabkan kekangan nak ber BW tu ler, mama sangat ler kesian tgk blog Stat
Macam hidup segan mati xmau..huhu..
BE mama pun ada 1 jer, tu pun RM1 jer. huhu. kesian sungguh.


 x sampai seratus pun setiap hari..sangat sedeh


Tapi xperlah, at least ada jugak kengkawan setia yg datang melawat mama
walaupun tau mama ni xder kat rumah. terima kasih yea kengkawan
semoga persahabtan kita terus kekal selamanya.


Nota kaki:
Sebenarnya rindu nak aktive macam dulu, x best plak rasanya asyik autopublish jer
cerita agak suram dan lama. huhuhu. tapi apakan daya.