Khamis, 17 Februari 2011

KANTOIIIIII DI SITU!!!!

Beberapa minggu yg lepas, kami jengjalan ukur keluasan shopping complexs sambil main escalator. Hehehe.
Macam tu ler kalau ada masa terluang..Sebenarnya, niat asal nak mencari cat kat JUSCO HOME CENTRE..nak guna voucher ajer. Rupanya mama ni dah lama tertinggal keretapi, xtau pun HOME CENTRE tu nak tutup dah joyah oiiiii..HAHAHA..Cat semua dah xder.

Bila macam tu, kami pun amik kesempatan meronda ajer ler kat 1UTAMA tuh. Kesudahannya cat x beli jugak tau. tapi time tu CNY kedai hardware banyak yg tutup.
Dah..dah..dah..jauh plak melalut..sebenarnya, nak citer menda lain..Nak citer pasal gambar ni hah...



Happy family :)

Masa nak amik gambar ni macam2 angel try tau..supaya tidak nampak seperti kat kedai.Nak wat penyamaran ler katakan..hahaha..kengkonon kat sofa umah sendiri ler. (cetttt...)
Maklumler duk kuarters ni included perabot, termasuk kerusi kayu berkusyen tuh x dapet ler nak beli sofa cantik2.
Nak letak ceruk mane..

Gambar ni dah cantik dah xceli....skali tengok puas hati..

2x tengok...
Waaaaaaaaaaaaaaaa....ada tanda harga daaaaaa...
Hadoiii..kantoiiiiiiiiiii
Ni unty ilah punyer kerja..hokeh..kasi sekeh itu orang.
Dia siap kata, "Cun punyer yg ni"...cun hapernyer...Itulah dia fotoG x bertauliah kami.


Nota kaki:
*Lagi 1 kantoi ialah kasut papa, well unty, kena berusaha lebih lagi yea..
Kat HOME CENTRE banyak barang sale nak clear out, ada jugak barang yg sale tapi macam  tipu jer.
cthnya: ada frame gambar (yg mama beli) harga before sale RM80-RM25(pas less)..tapi asenya frame tu x sampai pun RM80 kot kalau tgk fizikalnya.

MAMA, SAYA CONFIUS NIH.

Salam dan selamat pagi Khamis. eh, dah khamis ek..Sabtu ni papa kena ganti sek. Hadooo..x suka, x suka.
Dah lama asenya duk terperap-peram kat rumah nih hah.
Nak gi meronda2..Gian nak naik escalator dah ni.

Pagi ni, nak cerita kisah lucu anak dara mama. Hehe.
Semalam, mama bacakan buku tentang animal kat Dhiya..

 Buku ni beli lama dah..
Dhiya suka tengok gambar2 animals dalam nih

Tapi yg lucu nak cerita arini..Bila sampai page ni...
Bila tengok anak kanggaroo duk dalam poket ibu dia tuh
Dhiya pun terdiam, macam pikir sesuatu jer..
Mama pun bagitau, Kanggaroo ada poket kat perut dia, tempat anak dia duduk.

Pastu mama tengok, muka Dhiya semakin konfius. Aikk, naper lak???
Pastuh, Dhiya trus lari keluar bilik sambil cakap 
"Mama jap yea, mama tunggu yea"
Hampir 5 minit mama tunggu, Dhiya masuk bilik ngan kamera.

Pastuh, tunjuk kat mama gambar nih:

Pastu Dhiya cakap...
"Mama Dhiya duk dalam poket kanggaroo.."
Sebenarnya banyak ag gambar dhiya duk dalam perut Pussy cat tuh, tp dh selamat kena delete ngan tangan kecik tu

Alamakkkk....upenya dia konfius ler..sebelum ni dia tau ni cat.

Dhiya selalu cakap:
"Cat catch the tweety bird"..kekadang "black cat catch yellow bird"

Skang ni dia dah fenin...betul ker ini cat, atau kanggaroo. Sebab cat xder poket kat perut. Kanggaroo jer yg ada.Hadoiii.....
camner ler nak xplain bagi clear nih.
Mama Dhiya ni kena berfikir dengan waras dan kena susun ayat power.


Nota kaki:
Bila anak dah semakin bijak berkata2, makbapak pun kena selalu baca kamus yea..haha
Kena selalu tonton National Geografik..wakakah

Rabu, 16 Februari 2011

KENAPA ADA GOV TAX?

Xtau ler kalau u oll sumer dah lama tau tentang perkara ni. Tapi mama xtau. Sebab sebelum ni memang urusan baya membayar ni guna internet sahaja. Katanya dunia dihujung jari.
Tapi semalam, ntah camner, terperasan plak x cukup bayar....
Memula terpikir, Astro naik harga lagi ker? Then mulalah gelabah cari bil. Semak punyer semak,
Upenya ada GOV tax 6%..Laa, sejak bila ni..siyes xtau.

6% tu jadi ler RM4. +
Membebankan jugak kan? nilainya nampak skit, tapi kalau kita darab 12bulan Dah lari aper budget tahunan kita.
Apa ek alasan utama di kenakan cukai nih?

Ntah ler nak kata aper tapi sejak bebrapa tahun kebelakangan nih, semuanya naik. Harga minyak, barang2 dapur, cukai pun naik..dah tu menda yg kena cukai pun bertambah bilangannya.
Apakah ini dikatakan rakyat didahulukan? opppssss..
Pernah terbaca 1 status di FB " Rakyat didahulukan utk disembelih lehernya"..huhu..dasyatttt..

Pastuh tadi terbaca plak status Pn.Zana ni kat FB..laaa dia pun sama jugak macam mama..


xceli entry ni mama tulis pagi tadi, dah schedule utk petang nih, tapi dah terlanjur berbalas pendapat ngan Pn.Zana nih, mama edit ler smla..
Pastu ada ler 1 topik menarik kuar..


To Pn.Zana, parabola tu macam nih:

Tapi yg ni besar gedabak ler...camner nak isi kat rumah kan?

Yg ni size yg mama lihat itu..
Yg mama tahu parabola ni xleh guna kat rumah2..sebab musabab x dikaji lagi.haha
Tapi best ooo guna nih, dengar cerita segala siaran dapat, dari Indon, Singapore, India silap aribulan Al-jazeera pun dapat.haha

Ekceli ada ler bebrapa pengalaman tentang tax ni yg masih berlegar di kepala:

1) Kami makan kat kedai di Kelana Jaya, kedai biasa jer..Makan pun nasi campur utk lunch, tapi masa nak bayar kena tax..Terkejut beruk kami. Kedai memang dah nak status gerai dah..haha.
Then Papa marah ler, tanya tauke tuh, dia kata MBPJ keluar arahan kenakan cukai..
Hadoiii..makan nasi + ikan goreng pun bercukai..haha

2) Ni plak kisah setahun lepas, masa tu gi beli pizza kat Shakey's Pizza (dah xder dah kan kedai nih) Pastuh masa nak bayar mahal giler dari harga kat menu. then kami check balik, tanya cashier tuh, dia kata kena GOV tax..so bila kami check kat bahagian GOV TAX tu, 15% dia charge...
Gila nak mampos, pastuh siap panggil Supervisor incharge..upenya cashier tu salah key in.
Bayangkan kalau ada 10 org pelanggan sebelum kami yg x perasan,,,,wow, kaya kejap.hahaha



Nota kaki:
Memang rasa terbeban pun dengan keadaan ekonomi Malaysia nih. HArga barangan harian melebihi gaji dah..Bayangkan susu anak pun ada yg nak cecah RM100, kalau minum 3tin sebulan?
Haru2 Seb bek Dhiya breastfeed lama, pastuh minum susu murah jer skang.

KAU MUZIK DIHATIKU

Lately nih, Dhiya tunjukkan minat yg mendalam kepada muzik.
Adoyaiii..jadi ahli muxik ker???Apa???Ahli muzik???? Pantang keturunan aku ..blalblalalbla..(skali lupa dialog laaa....)

Bila pergi pasaraya or tempat2 mainan, Dhiya x tertarik pada mainan sekitarnya kecuali barang2 muzik
tidak pernah dia mintak mama belikan kereta ker, bear2 ker, barbie ker....
tapi yg dia berkenan gitar, trampolin, mic, organ, xylofon dan yg sewaktu dengannya.

Kat rumah ni, mainan yg ada ialah alat music dan basikal. mainan2 lain semuanya kumpul dari McD dan KFC. kalau bear2 anak2 patung tuh, kebanyakan Unty Ilah yg beli.

Aritu masa gi It Fair, dia nak sangat main drum nih
Mama pun bawak ler..skali time tu ler badut datang, takut trus (Dhiya takut badut)

Bangun2 tido jer trus main xylofon, mandi pun blum

Siap menyanyi ag..

Ni memang dia suka amat...gitar
Siap diri atas meja okeh..budget pentas ler tuh

Menyanyi dengan lantangnya lagu akim dan lagu stacy

Dah banyak kali Dhiya mintak menda alah ni ngan mama. huhu.
Karaoke set ni leh redeem kat Cosway, tapi mama x cukup coupun lagi.Hari2 dia ingatkan mama suh beli nih, 
buku redemption tu memang buka page ni jer tau. Sedangkan kat umah mini organ ngan Mic tu dah ada..

Insyallah, ada rezeki mama tunaikan

Ai...anak oh anak..hari2 mama tidak sunyi dengan adanya kamu..
Kaulah muzik di hati mama.

Nota kaki:
Anak2 u oll ada yg minat muzik?