Rabu, 29 Februari 2012

29.02.2012, IT'S A LEAP YEAR

Harini 29.02.2012
Harini dalam sejarah buat mama
Kerana, harini buat pertama kalinya
mama tulis entry untuk 29 February.
Bukan senang tau, 4 tahun lagi baru jumpa entry 29.02


Terbayang2 lagi 29 Februari 4 tahun yang lepas.
Mama masa tu baru lepas bertarung nyawa melahirkan Dhiya
Alhamdulillah semuanya selamat
29.02 tu kiranya hari pertama ler bergelar "mama"

Dhiya lahir pada28.02.2008
pada pukul 11.39 malam...
Mama lahirkan Dhiya secara pembedahan
Lepas ajer sedar tu, soalan pertama mama tanya Doktor
"Doc, anak lahir saya lahir bila? Sempat x lahir 28? Ker 29?"
Bukan main banyak tanya kat Doc.
Doc tu boleh gelak kat mama then dia kata
"Takut betul awak anak awak lahir 29.02 yea, xnak tny anak selamat ker tdk???"
xtau ler doc tu bergurau ker perli..hahahhaa

Siyesly, memang itu jer terpikir nak tanya
then doc tu jawab " jangan isau anak awak lahir pukul 11.39, 28.02.08"
Mama pun senyum then baru tanya " Anak saya ok doc?"
"Alhamdullillah, sihat walafiat"....lega...................

Xceli mama nyer due date, 07.03.08
Kiranya Dhiya lahir awal seminggu...
Sebelum tu mama dah berbual2 ngan papa,
camner kalau Dhiya lahir 29.02
Memang unik tarikh tu, tapinya jenuh ler kami nak menjawab nnti
mesti tiap2 tahun Dhiya tanya, bila besday Dhiya?
Nak tunggu Dhiya faham konsep tahun lompat tu
tiap2 tahun mama ngan papa kena prepare jawapan
Mujurlah semua tu x menjadi kenyataan..hahaha

Itu pengalaman lucu, unik, dengan tarikh 29.02
Semua tu kenangan buat mama...
Teringat lagi Doc kata "Lepas ni kena planning betul2,
jgn plak saya jumpa  4thun lagi di bulan Febuary jugak"
hahahha..4 thun dah berlalu, masih ag x jumpa Dr. Kamal Baharin..
Inysallah, ada rezeki kita jumpa yea doc, maybe tahun ni or tahun depan
tapi yg pasti bukan bulan feb..

Ada lagi 1 cerita lucu,
akak yang sebelah katil mama tu
28.02. malam tu dia dah sakit..
dia tanya doc ' Doc leh x delaykan baby saya for 1 day?"


Nota kaki:
Doakan mama beroleh rezeki untuk preggy ag yea kengkawan.

Selasa, 28 Februari 2012

MEMBESARLAH BAGAI JUARA, PUTERIKU


Hari ini 28.02.2012..
4 tahun telah berlalu
Tapi rasanya baru semalam mama dengar tangisanmu
Rasanya baru semalam mama sentuh jari kecilmu
rasanya baru semalam mama cium pipi harummu

Dhiya Khairina
4 thun sudah kamu mewarnai hidup mama
bina kekuatan dalam diri mama, bina 1 rasa bangga dalam diri mama
kerana hadirmu mama bergelar "mama"
Setiap keletah, tawa, tangis mu jadi halwa telinga mama

Dhiya Khairina
Membesarlah anakku, terokailah hidup ini
sekiranya jatuh nanti, bangunlah..tabahkan hatimu
sepertimana mama tabah keranamu
mama tetap akan ada untuk memimpin tanganmu
tetap disisimu...menemani setiap langkahmu

Dhiya Khairina
sesungguhnya kamu pelengkap, kamu penyeri 
mama amat sayangkan kamu, seluruh jiwa raga mama
Selamat ulangtahun kelahiran ke4, sayangku
Membesarlah bagaikan juara, 
Jadilah anak cemerlang dunia dan akhirat
Doa mama mengiringi setiap langkahmu
Moga Allah pelihara kamu, anakku...



Fresh...2nd Day

Pertama kali berjaya meniarap.. 4 bulan
Kamu menangis tiap kali tidak berjaya memusingkan badan
Akhirnya dengan susah payah,,,berjaya jugak meniarap..

Pertama kali berjaya melungsur laju ke depan
pertama kali kamu pandai melungsur, kamu bergerak mengundur
mama dan papa selalu ketawakan kamu..
x baik betul kami..
akhirnya kami bertepuk tangan bila kamu berjaya kedepan
Dan mama perasan air muka puas hati kamu..
Tahniah anakku

Bercubaan merangkak
Waktu ni kamu bersungguh2 untuk mengangkat tubuh..
akhirnya kamu berjaya merangkak.
Mama menangis tengok kamu...sambil tepuk tangan

ur first step..anakku.
akhirnya kamu berjaya melepaskan tangan dan melangkah ke arah mama
ini antara saat yg mama xkan lupakan..
rasa bertuah sangat kerana berjaya rakam saat ni
Air mata mama menitis lagi sambil bersorak seronok..

ur first car..
hari pertama papa belikan walker...

Pertama kali mengjahanamkan bedak compact mama..hehe
Anak mama dah pandai nak bermakeup..

ur first teeth..
kamu tumbuh gigi taring dulu..
semua orang kata kamu pelik..hehe
dan yg lagi pelik taring kamu tumbuh 2 skali

ur first competition
Pertama kali kamu join competition di Carefour subang jaya
Pertandingan baby dalam walker.
Kamu yg paling kecik skali..peserta lain semua 1tahun ke atas

First time jatuh.
Ya Allah, masa ni mama menangis macam orang giler..
huhuhu..tapi kamu kan kuat

ur first bike..

 Ur First Ride-naik merry go round.
Menangis kamu, tengok muka takut kamu tu.

Ur first lipstick..hahah
first time kamu bermakeup..
dah pandai nak melaram anak mama


Segala-galanya pertama bagi kamu tersemat dalam memori, mama
hepi 4th besday my cute princess............



Tanpa mama sedar, kamu dah besar upenya
dah pandai melaram, pandai buat lawak, pandai bercerita
Mama dah ada teman berbual, teman memasak
Kamu betul2 mewarnai hidup mama



Nota kaki:
Sedih plak ase..huhuhuhu..
*harini sambutan besday Dhiya kat sekolah..

Isnin, 27 Februari 2012

HABUAN PULAU SIPADAN

 Ai...
sekejap ada sekekap xder ek..
Biasa ler tu...hanya yg paham jer tau
mengapa keadaan jadi sedemikian rupa...

Kali ni nak cerita bab makan2 plak
Lama betul asenya x update isu2
yang mengeyangkan perut...
Dapur Dinda tu pun dah lama x berasap..
Mood memasak pun dah melayang ntah ke mana
Hadooooooooooooooiiiiiiiiii.

bebaru ni adik ipar merangkap ayah cik dhiya
bawak sebesen ketam dan udang
Pulau Sipadan mari..walaupun telah dibekukan
sebab nak bawak naik flight tapi masih segar dan sedap
Mane x nya ayah Cik dhiya kata, beli terus dari penduduk pulau

Ketam memang x sempat nak snap
terus masak then makan, tapi udangnya sempat ler snap
Besorr, besorr u all..


 BEsar kan udang nya???
Selonggok macam ni dalam RM5-RM10 jer tau
gilosss murah.

 Ayah cik Dhiya kata, kat Sipadan sana, 
kalau nak beli seafood,. beli trus dgn penduduk tempatan


Sebabkan geram tengok udang tu 
maka rajin ler menyinsing lengan baju 
Maka terhidang ler....

 Udang masak tumis berlada

Dan, udang celup bread crumb..hhehe

Maka, hari itu kami sekuarga makan dengan berseleranya

Sekian terima kasih..
hahahhaha..


Nota kaki:
Bilalah nak buang sawang kat DAPUR DINDA tu