Jumaat, 12 Ogos 2011

BILA KITA DIUJI...

Salam Jumaat semua..semoga Jumaat kali ni membawa
seribu rahmat buat kita semua.

Sebuah kehidupan tu umpama masakan,
dugaan dan cabaran dalam kehidupan itu adalah rencahnya
jika tiada dugaan dan cabaran maka tiada rasa, hilang nikmatnya masakan kita.
Sebagai hamba pada yg Esa, kita harus yakin dugaan dalam kehidupan itu
walaupun sangat sakit di hati, sangat seksa di mata
tapi jika kita yakin setiap dugaan itu mendekatkan kita dengan Maha Pencipta
Insyallah kita akan merasa ketenangan

Orang kata hidup kita ni macam roda, sekejap di atas sekejap dibawah.
Tapi yakinlah yg percaturan Allah itu adalah yang terbaik utk kita
walau pada mata kasar kita semuanya pahit, tapi pandanglah dengan mata hati
betapa Allah itu sayangkan kita, kasihkan kita.

Setiap apa yg diaturkan Allah itu sesungguhnya amat cantik, amat indah
Jika Allah kata sesuatu itu bukan hak kita, maka biar apa pun yg kita lakukan
sudah tertulis ia bukan hak kita, mengapa harus kita tangisi
kalau Allah kata itu hak kita, ia akan tetap akan menjadi hak kita
biar apapun dugaan yg datang, biar apapun yg melanda hidup kita

So kengkawan, jika kita dilanda musibah
jangan sesekali mengalah, jangan sesekali ngaku kalah untuk berjuang
jangan sesekali terus tersungkur, kerana sesungguhnya
Allah tetap bersama kita sekiranya kita yakin dengan hadirnya Dia
Sekiranya kita tidak pernah lupakanNya

Mama bukanlah sebaik manusia, malah pengalaman dalam kehidupan juga masih cetek
tapi Alhamdulillah, tuhan menguji dan menguji hingga menyedarkan mama,
hingga boleh berkongsi sedikit rasa dengan anda semua.

yakinlah Allah itu sentiasa bersama kita, setiap masa setiap ketika.
Biar ada yg ingin musnahkan kehidupan kita,
tapi kehidupan kita di tangan Allah, kalau tidak diizinkanNya
maka kehidupan itu tetap akan sempurna buat kita.

Ingat jugak, kita ni sebagai ibu, yg mempunyai anak
kekadang balasan Allah itu tidak datang terus
mungkin silap kita harini, anak kita yg merasa keesokan harinya.
Sama-samlah muhasabah diri



Nota kaki:
Orang tua selalu kata, sekali kita buat jahat kat orang
10x kita akan mendapat kejahatan itu semula.........

11 ulasan:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

eily cyg.. take care.. bertabahlah!

Mama Hanim berkata...

dugaan berbeza dlm kehidupan masing2 kan eily.. begitu juga dgn ragam manusia..
redha je lah, semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah selalu.

eima berkata...

............
speechless la

Salina@IbuAqil berkata...

Betul!!!! Ibu sokong mama!!!! ;) Apa yg kamu bagi itulah yg akan kamu dapat balik {nak guna pepatah dlm bahasa omputeh x reti ;p}

eB berkata...

insyaallah, tq 4 sharing :)

Diyana berkata...

mendalam maksud. .apapun,diyana doakan eily dan keluarga akan dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari segala buruk sangka ,kejahatan .aminn.

mamaarifakeemaisy berkata...

Bagus sbg ingatan tuk semua...apapun..hrp eily tabah dlm menghadapi apa jua dugaan dr Ilahi..selagi kita ingat dia, Insyaallah..terpelihara kita..Insyaallah..

mamaarifakeemaisy berkata...

Bagus sbg ingatan tuk semua...apapun..hrp eily tabah dlm menghadapi apa jua dugaan dr Ilahi..selagi kita ingat dia, Insyaallah..terpelihara kita..Insyaallah..

♥MiZz-siHa♥ berkata...

hamba yang diuji adalah hamba yang disayangi dan diingati eily....


p/s : ahad nie ade kat subang x??siha nak ke summit...siha inbox no fon kat fb tau..ape2 bgtau k..

Unknown berkata...

sabar ye mama...skrg ni mama diuji mana tau pasni ada hikmah tuk mama lak...be strong ok (^_^)

kayyana berkata...

eily, setiap dugaan pasti ada kebaikan nye.. Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya.. InsyaAllah.