Khamis, 19 Januari 2017

MAJLIS PERKAHWINAN BESAR-BESARAN


Alang-alang semalam up gambor Unty Ilah waktu majlis sambut menantu bulan Disember lepas..
Ni Nak tempek ler seketuldua gambar Majlis Perkahwinan Unty Ilah dan Majlis Sambut menantu
Pakngah K-Rel dan Pak Chu Jabar..

Kiranya kenduri besar-besaran ler kami ritu,
Tapi kami buat ala-ala kampung jer, masak berkawah2 guna kayu api bagai..
Sangat meriah semua semua saudaramara berkumpul sama-sama buat kerja merewang

Tengok gambor jela yea..











Tulah aje gambar yang ada dalam henpon.
Gambar Weoll sekeluarga ngan pengantin malas nak upload sebab nampak gemuk, 
hahahha,...aci x macam tu.
Sikit2 ajela yea gambarnya... 



Nota Kaki:
Nnti kita upload gambar kami berphotoshoot atas boat kat tengah laut..

#semogarumahtanggaadik2kuberkekalan

Rabu, 18 Januari 2017

MY NOT SO LITTLE SISTER ANYMORE



Throwback
Mama ni ada sorang jer adik pompuan...
yang sorang tu lah bestfriend, kawan berkongsi hobi, berkongsi masalah
yang sorang tu jugaklah kawan bergaduh, kawan dengki mendengki. hehe

Well, dalam gembira dengan next step of her life (alwiz pray the best for her)
All good things..all good things..(kata olaf dlm frozen tu)
Rasa sedih plak rasanya melepaskan musuh ketat ni menjadi milik orang

Lepas ni, nak bergurau pun, kena berpada2 dah, 
dah berborak berjam2 sampai pagi pun kena berpada2 dah
masa nak berjumpa pun dan terbatas...





Majlis sambut nntu (selepas 2 bulan nikah) hehe



Selamat menempuh alam berumah tangga buat unty ilah. 
semoga semuanya selamat dan sejahtera
semoga rumahtangga dibina sentiasa dalam rahmat illahi.
diuji dan teruji tu perkara biasa, #Allahkanada

Nota kaki:
Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami, jadikanlah kami isteri2 solehah yang menyenangkan mata dan hati suami2 kami. Jadikanlah kami ibu2 terbaik buat zuriat2 kami. Aaaaminnn

#adikidungmancung
#kakakidungkembang 


DOA UNTUKMU ANAK

Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak negeri ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami

Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu

Kami berlumba mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian

Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan

Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan pandangan cinta
seperti dulu, ketika mereka mengeringkan air mata mereka
dalam kehangatan dada-dada kami

Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kami
menjadi pemberang, pembangkang, dan penentang-Mu

Dosa-dosa kami telah membuat hati mereka
keras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasih

Sebelum Engkau ampuni mereka, Ya Allah
ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami

Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh mereka
dengan dekapan kasih sayang kami
berilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga mereka
ayat-ayat Alquran dan Sunnah Nabi-Mu

Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu
dan memohon kepada-Mu seusai salat kami
untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami

Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mu
mengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.
Izinkan kami membasahi tempat sujud kami
dengan air mata penyesalan akan kelalaian kami


MIRZA ZAHRAN, DHIYA KHAIRINA, KASIH KHAIRINA, MIRZA ZAHRIN


Nota kaki:
Ya Allah, kau peliharalah anak-anakku dari segala kejahatan manusi, kajahatan dunia dan kejahatan syaitan.
Pimpinlah anak-anakku ke jalan yang lurus, jadikanlah mereka golongan yang faham agamanya. Aaminn

Selasa, 17 Januari 2017

DAH TUKAR, SIAPA PERASAN???


Sebagai langkah pertama....
Sila lihat sudut sebelah kanan blog mama ni..
dah tukar dah gambar family. 

Nanti kita citer banyak2 menda lagi tau..
Tunggu!!!!








Nota Kaki:
#Allahkansentiasaada
#semogakamisekeluargasentiasadirahmati

KAMI DAH DATANG

Assalamualaikum...
duk berkali2 buat comeback tapinya xde jugak entry terkini kan? kan?
Naik menyampah dah orang tunggu..

Tapi mmg nak buat comeback pun, kat blog ni nak simpan semua kenangan dengan anak2,
Since dah share cerita pasal Dhiya Khairina membesar, kita share jugakla cerita adik2 beliau kan.

Tapinya tulah, dah terlupa banyak menda ni..
terlupa camner nak share posting kat FB. terlupa camner nak tukar wallpaper,
terlupa camner nak edit header, terlupa camne nak tukar kaler tulisan.

Xpela...i will belajar slow2 semula. kena berguru semula dengan blogger2 otai ni.

so...untuk harini..kita share family pic terkini jela kan..
since ramai xtau yg keluarka kami dah berkembang dengan jayanya..


KAMI DAH BERENAM SEKARANG!!!

Pssttt!!! Macam x percayakan,  dulu mama tinggalkan blog ni, kami masih bertiga.
Skrang dh berenam. Sekejapan masa berlalu

Nota kaki:
1. Tengok dalam draft ad 15 entry pending!!!
harus di publishkan ker, biarkan jadi kenangan abadi.

2. Rindunya kengkawan blogger

Ahad, 5 April 2015

AKU TANYA APA KHABAR?

Bismillahirrahmanirrahim...
Fuh..fuh..fuh.. nak start menulis ayat pertama pun dh berpinau2 mata ni. Pandai lagi ke nak menulis blog ni?? Haha.
Assalamualaikum semua..
Setelah sekian lama, tetiba jarijemari ni terpanggil2 plak untuk menaip. Ketar2 ni.
Ad lagi ke pengikut blog ni??
Well... last entry blog ni ditinggalkan iolls adalah mama beranak 1... tp saat entry ni ditulis iolls adalah mama beranak 4.
So u oll bayangkanlah berkurun lamanya blog ini terbiar sepi sendiri.
Iolls terpanggil utk mengabdikan semua kisah2 terkini disini. Biar ia kekal sbgai memori. Kisah anak2 jer insyallah. Semoga segalanya tersimpan kukuh abadi buat tatapan anak2 mama suatu hari nnti.
Semoga mama terus istiqomah menulis.

Then...nak maklumkanlah..mamanya ni dh terlupa semua ilmu blogger. Koding2 bagai semua luput dari ingatan. So biarkanlah blog ni rupanya begini. Nnti kena study semula nak baiki yg mane patut baiki.

So.... apa khabar semua????

Isnin, 1 Oktober 2012

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Kelmarin dapat pos laju
Terkejut jgak asenya xd plak membli
Tgok nama pengirim, lgsung x kenal
Lelaki lak tu nama pengirim
Seram sejuk tgn me membukak
Dlm takut2 tu ad jgk teperasan,
Tepoyokan diri wat seketika
Tetanya2 gak, ,
'ad pminat misteri ke mak ni?,
Haha, perasan x cermin muka dulu
Skali org kirim bom padam muka.haha
Tapi bila me tgok isi perut bgkusan
Barulah me tingat kat si pengirim
Me dapat



4 helai kain batik....





Batik kuala terengganu katanya..
Sowi kamera kureng memuaskan...



Terima kasih kepada bakal biras me..hehehe
Bakal biras tu...bila ek akan jadi birasnya..
Ni kira bodek a ni kan? kan?? kan???

So, terima kasih daun keladi kepada yang memberi
lain kali berilah lagi
(hahahha...statement x berapa nak malu..masa taip tu, muka tutup ngan bantal)



Nota kaki:
Bila kita buat baik kat orang, insyallah orang akan buat baik kat kita

*Sesiapa menyerahkan urusannya sepenuhnya, 
maka kepada Allah, Allah akan mencukupi keperluannya samada urusan dunia atau agama"
(Imam Al-Qurtubi)

Selasa, 18 September 2012

MENYAYANGIMU

Me dapat jawapan balas untuk entry me nih:
SAJAK BUAT SUAMIKU

En. Kanda tujukan me lagu ni...

Menyayangimu - Saleem

Bukan kerana paras dan rupa
menyayangimu sepenuh hati
bukan kerana emas permata
cintaku tulus suci

Bumi yang mana tak ditimpa hujan
lautan mana tak bergelora
begitu juga dengan kasih kita
penuh ranjau berduri

Berjanjilah oh kekasih
Hanya aku bertakhta dihatimu
buangkanlah kesangsian
hulurkanlah seribu kasih sayang

Usah diungkit sejarah dulu
luka yang pahit biarkanlah berlalu
selagi nyawa dikandung badan
engkau tetap kusayang


Berjanjilah oh kekasih
Hanya aku bertakhta dihatimu
buangkanlah kesangsian
hulurkanlah seribu kasih sayang

Usah diungkit sejarah dulu 
luka yang pahit bairkan berlalu
selagi nyawa dikandung badan
engkau tetap ku sayang

bukan kerana paras dan rupa
menyayangimu sepenuh hati
bukan kerana emas permata 
cintaku tulus suci 


Seriously....lirik lagu ni sangat2 bermakna untuk kami suami isteri..
Pandai lak en.kanda ni cari lagu ek....

***Hmmmmm...sejak akhir2 ni en. Kanda sentiasa nyanyikan lagu ni..
lirik lagu ni x lekang ler dari mulut dia....Asyik menyanyi lagu nih jerrrr.
Orang kata, kata2 tu pun doa kan????? 
Moga Allah perkenankanlah doa kami untuk terus bahagia..

***Tq Kanda....
Dinda harap, segala lirik, dalam lagu ni melambangkan 
ape yang ada dalam hati kanda..
Semoga Hidup kita lebih bermakna, lebih diredhai..
Rumahtangga kita aman bahagia sampai syurga..Aminnn


Nota kaki:
"Bermacam kesulitan itu, merupakan hamparan bagi pemberian (Allah)" 
(ibnu Athai'llah)
Percayalah Allah Maha mengetahui yg mana baik dan buruk, dan Allah maha mengetahui
setiap apa yg berlaku di dunia ini..

Rabu, 12 September 2012

TERAPI MINDA

ehem...ehem..
inilah pompuan....






Terapi minda ler sangat kan???
terapi poket yea jugak..huwaaaaaa...
yang maner cantik??????

Kalau en.Kanda macam2 alasan kalau ajak langkah kedai emas
me jawab, pelaburan masa depan nih..hahahha
bijak x alasan.?????
Tapi ada betulnya jugakkan, abis duit kat emas
pelaburan dan pertaruhan masa depan
time2 terdesak tu, ada jugak simpanan utk kita kan
kalau simpan duit kang, duit laju jer mengalir macam air paip

Rasa2 kan, yg maner tersangkut??????
Me seperti biasa ler, x pernah x rambang mata...
memang berjam2 kalau nak boleh buat pilihan tu..haha
Kalau nak tau yg maner i pilih silalah inbox fb
Kang review kat sini, org kata menunjuk plak..hehe
****Menyampah tahap gaban, ayat poyosss, budget glamer 
Mcm nak termuntah rasanya..



nota kaki:
Reward urself..kalau kita x kasi reward kat diri sendiri, saper lagi nak kasi kan???

Jumaat, 7 September 2012

KASIH SI ISTERI

Jadikan kisah kat bawah sebagai renungan jumaat kita hari ini:

seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. 

bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. 
sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. 
jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, 
Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, 
abang akan mandikan jenazah kamu.. 

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal 

then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. 



ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, 


"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang
Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata 
"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, 
masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata 
"tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,
moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata 
"dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, 
berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,
terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat 
dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, 
si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata 
"trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu 
dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama 
permata hatimu yg persis dirimu 
dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu 
krna ksih syg Allah pd mu."



Sebagai seorang isteri, me menangis2 baca cerita ni
Sebak hati membayangkan betapa sucinya kasih seorang isteri
terasa diri me sangat kerdil.....kerana me masih x terbayangkan saat
perginya seorang insan bernama suami, sedangkan Allah mungkin menjemput dia
bila-bila masa.......

*Kanda, dinda jugak teringin nak mandikan sendiri jenazah kanda, andai saat itu tiba
biarlah dinda jadi antara orang yg terakhir menghargai setiap jasad
setiap keringat dan setiap pengorbanan kanda.....
Berdoalah agaar jodoh kita terus kekal hingga ke akhir nyawa

Nota kaki:
Orang kita sekarang ni, kebanyakannya x terpikir pun nak mandikan jenazah pasangan kan??
kebanyakannya hanya menangis, merintih, meratapi jenazah 

Khamis, 6 September 2012

HASIL KERJA KERAS TANGAN

 *AMARAN: Entry ini banyak gambar, kalau x suka tengok..tekan X.

xceli ini cerita pasal hasil kerja keras tanganku ini
sebenarnya bakatnya xder, ni semua kerja bidan terjun semata

Bebaru ni, xderla baru sangat
adik lelaki me bertunang, so dia mintak me buat hantaran
me bukan pandai pun, tapi bila dengar suara mak bonda
mintak tolong...dengan paksarela me mencurahkan bakti.

Bebarang semua me beli kat kedai bunga bese2 jer
bakul me beli RM3.90 jer kat Mydin..
total perbelanjaan 5 dulang hantaran tu dalam RM100 jer.

sirih junjung...
time ni kamera rosak, amik pakai enset jer

Buah sempir jer...
nama pun bertunang jer

kain pasang

Secara keseluruhan adik me kata cantik..
tapi bagi me banyak ler cacat celanya
maklumler me pernah wat hantaran sendiri jer dulu
pastu maner pernah wat hantaran dah...
gi kursus ker aper ker jauh sekali..

Pastu yg lagi terkejutnya...
Adip ipar me nak kawin ritu, dia mintak me buat jugak
adoiiii...me ni nak tolak kang x sampai hati
nak terima kang, me x pandai...
bila adik ipar kata "Buat jer la kak eily, asal ada jer"
so me sahut jugak ler cabaran itu...

Kat kelantan ni lain skit caranya
Masa gi angkat nikah tu kita kena bawak jugak dulang
yg kena bawak, cincin, mas kahwin ngn makanan 1 dulang
hantaran ni x termasuk dulang yg kena bawak masa bersanding
*orang kelantan panggil BERLARAK..(ntah betuk idok ejaan)

Bekas cincin...
Semua ni me buat sendiri, 
beli polisterin, kertas pembalut reben, lilin, bunga
potong tampal, potong tampal..jadi ler macam kat atas

Duit hantaran
Duit hantaran ni memang idea me..
adik ipar me dah ketandusan idea nak wat camner
sampai nak beli album jer..
tapi me rasa koman sangat letak dalam album
*orang kg ni kureng percaya ngan cek, takut tipu
Bayangkan dia serahkan kat me cash RM8k
suh me wat ikut suka hati me...pening me mikir tau
last2 me dapat idea cash box ni...
Paling me suka, semua orang suka ngan gubahan ni
semua kata unik...padahal me hentam sajalah labu..

Seterusnya hantaran pada hari persandingan
ada 9 dulang semuanya.....
bayangkanlah, 9 dulang me kena wat
last minit adik ipar me mintak tolong
sebelum ni dia nak tempah kedai jer, tapi x puas hati
ngan servis kedai tu, terus kansel...

Coklat patchi

buah epal...dalam taman khas buat Snow White
Set makeup..
set makeup ni memang dah wrap..so me letak bunga jer

perfum

Alquran dan Telekung sembahyang
ni orang kelantan panggil pulut semangat
Macamaner nak buat ni????
senang jer..me blajar ngan nenek hubby
Tapi ni belum digubah lagi..yg dah gubah x der lak gambarnya
Me sajer letak gambar ni...
nak tunjuk hanataran hasil kerjakerastangan me tersusun rapi
di pelamin..hehe..vangga sekejap..
Maunya x vangga, me buat sendirian berhad, tanpa bantuan lak tu
2hari x tido malam tau...
dah ler last minit dapat task

Tapikan me terkilan jugak ler,
sebab xder orang amik gambar bilik pengantin
bilik masa sambut menantu....
sebab kan bilik tu, me buat sendiri tau...
gi cari langsir umah orang tu, umah orang ni..
sebab memula adik ipar me kata x payah hias2
sebab memang xder majlis sambut menantu pun,
sebab wat kat dewan for both pihak

tapi sebagai kakak ipar yg prihatin, me rasa macam x best jer
so me pun bertungkuslumus sampai ke pagi
x tido x aper pun, aasyik menembak ngan stapler gun..hahaha

Tapi me berpuas hati bila..
kelluarga mertua me, adik iparnya, mak mertuanya
peluk me, ucap terima kasih..
dan mereka menggelarkan me tulang belakang majlis
me terharu....mak mertua me peluk me nangis2..lepas majlis tu
terharu..terharu....

Cerita macam dah lari dari tajuk jer kan
kalau karangan ni kira terpesong dah ni..
hahahhahaha


Nota kaki:
Setiap yg kita lakukan dengan ikhlas, insyallah membawa seribu satu makna

* Tempahan x diterima yea..hahahha..

Rabu, 5 September 2012

ANTIK GITEW

Masih ada yea.....kengkawan..



Nota kaki:
Teringat tulisan arwah aki.....
"Kehadapan Chuchunda...semoga sehat" pastu tulisan tu banyak e ada tanda tu..huhuhu.

*rindu masa zaman sekolah dulu, arwah aki me selalu tulis surat, ramai kengkawan jeles..

Selasa, 4 September 2012

BESARRRR PUNYERRRRR

Me ase balik Pahang mesti dapat habuan laut yg best.hehe
Xkan hampa ler ngan hasil tangkapan abah me
Kalau x ketam, udang, kalau x udang, ikan....
Memang heaven makanan laut..
Maner x heavennya, jeti depan rumah abah me jer

Abah me sepanjang bulan pose ritu x berniaga
Kerjanya asyik ke laut jer...
Tapi hasilnya sangat lumayan tau.
Terutamanya ketam dan ikan kakap@siakap

Bebaru ni abah kasi me ikan siakap besorrrr punyer
tapi abah me kata itu ler paling kecik dia dapat
yg paling kecik dia simpan kat me..
Masa me nak balik ritu, ikan tu masih hidup...
memang fresh ler..

opppp....ikan siakap tu, kat kampung me panggik kakap


Besar tau....x buat nak letak dalam singki


Tapinya ikan siakap laut ni, sisiknya amat ler keras dan besorr
jenuh me nak menyagatnya..
untuk seekor ikan ni, boleh ler me buat lauk untuk 3 kali makan
hahahha...sekali masak 3 rasa, sekali msak kicap, sekali goreng jer
kalau masak sekor gitu, maunya x abis makan




Besorrr Punyerrrr


Abah me kata paling besor dia dapat ikan kakap ni sekor 17kg
tapi jual ler yg tu, besor sangat pun x abis makan.

me x pandai makan ikan air tawar
orang duk kecoh kat area ni ikan patin sangat femes
tapi me x makan...kalau kat kantin me ni,
tiap2 hari ada ikan patin, ikan keli..
maybe sebab dari kecik kami dah biasa makan ikan laut
bukan sebab berlagak ke aper ker...
dah ayah me memang jenis suka ke laut...
Setakat ketam atau udang galah yg orang beli berpuluh2 sekilo tu
me ngan adik2 boleh makan dengan mewah
yg lagi penting hasil titik peluh abah sendiri
itulah nikmat Allah yg dapat kami nikmati..Alhamdulillah




Nota kaki:
x sabar lak nak tunggu abah col gitau udang galah ada..hehehe

*Apabila Allah memberi nikmat kepada engkau dengan sesuatu nikmat, maka terimalah dengan merendahkan diri, nescaya Allah sempurnakan nikmat itu kepada engkau (Nabi Isa a.s)

Isnin, 3 September 2012

SAJAK BUAT SUAMIKU

Suamiku
Terlafaz lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku telah kau miliki

Dalam keterharuan

Air mata ibuku berguguran
Ayahku sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan

Suamiku

Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau akan kecewa bila terlihat kekurangan
Jika diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang

Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat
Menerimaku kerana agama
baru hidup beroleh berkat
Bahagia hingga ke syurga

Ketahuilah suamiku

Kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan Rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju Yang SAtu

Suamiku
Kita dua insan berbeza
Cita dan Cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya

Suamiku
Asam garam rumah tangga
Khilaf dan salah pasti ada
sama-samalah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia

Suamiku

menang bukan beerti benar
Kalah bukan beerti salah
Salam berdebat hormat memagar
Tawadukmu budi terindah

Suamiku

berjanjilah padaku
Dengan kemuliaan dirimu
Kenalkan daku dan generasiku
Pada kemuliaan Penciptamu


Nota kaki:
*Kandaku, dinda tau kanda akan baca blog ni....
sesungguhnya diri ini ikhlas menjadi isterimu, menerima buruk dan baikmu, 
redhalah dengan adanya dinda sebagai isterimu demi jodoh kurniaan Allah ini.
Semoga kehidupan kita, lebih diredhai, segala kekhilafan kita Allah ampunkan.
Sesungguhnya perkahwinan ini amanah Allah..
Isteri itu amanah Allah pada suami, Anak itu amanah Allah pada suami dan isteri..

*Buku Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul...
Penghargaan buat pada suami yg membahagiakan isterinya
dan penghormatan buat isteri yg memuliakan suaminya
buku yg sangat indah untuk dibaca untuk suami isteri..


Jumaat, 17 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat hari raya semua..
hati-hati memandu pada yang pulang ke kampung halaman
Semoga raya tahun ni membawa keberkatan

Ikhlas dari:
Kami sekuarga 

Khamis, 16 Ogos 2012

SALAM LEBARAN 2012


Salam Lebaran Buat semua pembaca setia "warnawarni kehidupan"
Esok me dah start cuti.
Dah berminggu-minggu blog me ni bersawang
wifi umah me ni rosal lorr..huhuhuhu..
me x sempat langsung nak bercerita pasal puasa tahun ni

Neway...
dah nak raya dah pun ni..
me dengan rendah diri, memohon ampun dan maaf
dari kengkawan semua, sepanjang perkenalan kita
sepanjang me menulis ada yang terkasar bahasa
dan mengguris hati.....me manusia biasa

Raya tahun ni.......
Alhamdulillah....masih beraya sebagai seorang isteri
sedangkan ada mereka-mereka yang kehilangan suami
Masih lagi bergelar ibu, beraya dengan anak
sedangkan ada antara mereka-mereka
yang x dapat beraya bersama anak-anak
Masih lagi ada ibu-bapa
masih lagi dapat beraya dengan nenek kesayangan me
Alhamdulillah, syukur sangat2, tuhan limpahkan rezeki..

Persiapan raya???
Alhamdulillah
Baju raya, kasut raya, henbeg raya, kuih2 raya
semuanya dah settle, semua dah masuk kereta dah pun
yang lebih beria-ia tentunya Dhiya laa...

Apa yang penting,
sememangnya raya tahun ni
paling bermakna untuk me...
Hanya Allah tahu apa nilainya pada me...

salam Aidilfitri u oll semua..
semoga raya kita tahun ini diberkati Illahi.

Nota kaki:
Nntikan entry raya nnti yea.....
hahhaa..x sabar jugak nak dengar cerita raya u oll

Khamis, 2 Ogos 2012

KEPUASAN vs KEINGINAN (NAFSU)

Wimzikul
Steve Madden
RM630 after less 50% = RM315



RM63

Agak2 u oll maner yg i akan pilih??? hahahha
Kalau pilih yg 1st tu dapat 3 pasang yang bawah..hehehe

Sebenarnya keduanya i xnak...
i duk berkenan kat Nine West..
kalau nak wat perbandingan harga tu lebih kurang jer macam kat atas
Tapi Mrs.K kata..
"Rembat jer Yunk, Time to reward urself"
Dear, I like that statement............semangat membara2 jadinya.haha
Nak raya glamer ler kengkununnya..nyampah mak...
padahal orang bukan tanya pun kasut lu brand aper..huh




nota kaki:
Kasut paling mahal i pernah ada setakat ni ialah Lewre sajok..

Selasa, 31 Julai 2012

TALAM UBI

kenal x kuih talam ubi????
sajer jer kan, kang x pasal2 kena maki
time-time gini gi wat entry makanan..hahahhha.

Teringat kat tokma time buat kuih ni..
dulu me x berapa suka kuih talam ubi ni..
tapi masa balik kelantan tahun lepas, ada org jual..sedap sangat
kat Kelantan orang panggil boko ubi..

Ritu beli ubi,
so memang dah nekad nak buat talam ubi nih.
gigih tau ME menyagat ubi...
seb bek x tersagat jari sendri, kang x pasal lagi den
jadi Raja Bersiong

Talam ubi in progress...
time ni dah letak atas dah..yg bawah tu x ingat nak ambik gambar..

Tada....
Talam ubi @ boko ubi
tapinya lapisan atas tu lagi tebal dari ubi..
Xper leh diperbaiki nih..hehehe

Yg penting rasanya..sedapppp
yummy..yummmy..Dhiya pun suka tau...
banyak jugak dia makan..


Nota kaki:
Buat kuih traditional lagi mencabar dari buat kuih moden..tapi mama lagi suka buat kuih traditional.
buat kek or biskut mama x pandai tau..huhuhu..sedihhh

BLUSHER

Sejak dua menjak gambar me tersebar kat FB..
(Wahhh....tersebar yg x tahan tu..)
ramai jugak kengkawan rapat yg PM ler, SMS me
bertanyakan tentang blusher yang me pakai...

Wahhh...x semenggah mak glamer sekejap nok
kalau time ni ada produk makeup nak jual, komfom laku.hehe
Idok ler tersangka-sangka upenya ramai terbekenan kat blusher tu
(Sentap mak tau, blusher yang hangpa semua nampak dulu.kuikuikui)
Kepada yg nak tengok gambor silalah terjah FB..
xleh review kat siniler, kang ada lak tengok ngan meluat

Hokeh ler....mehler me share kat sini, kalau share kat FB kang
ramai lak komen kata me ni budget cun, huhu
paling xpun ,me bimbang lak mereka2 yg jual makeup tu
tutup kedai..wahhhhhhhhhh...ayat poyooo x hengat.

Sebenor-benornya, tiada yg tipu..me pakai blusher brand:

GIVENCHY PRISME AGAIN
NO 2..LOVING PINK



Tapi me dapat ni sebab menang kontest hokeh
bukannya me beli...me xdok duit nak beli mekap memahal
siyes, lama dah x membeli makeup, pakai yg menang kontest jer
itulah satu2nya blusher yang me ada..huhu
pengakuan ikhlas dari me...huhu..sedih, sedih

xceli, memang best blusher ni (dengan me ler)
warnanya senang nak blend ngan muka me
dan yg penting x bertompok2..

kepada yg bertanya tu...sila terjah SOGO..haha


nota kaki:
Me tengah cari petua nak ilangkan sunburn kat muka ni..


*Teringin sangat nak beli makeup BobbiBrown...bila ler tercapai nih

Isnin, 30 Julai 2012

MEREKA DAN SAYA

ehem..ehem...( sambil betul2kan halkum)..
testing suara 1, 2, 3 ...

Lama plak x menulis nih..x cukup masa ler
Xceli me serabut skit ler kebelakangan ni
nenek me sakit, bebaru ni cuti balik tengok nenek

Perasaan me x dapat nak dibayangkan..
bila tengok sekujur tubuh yang membesarkan me
terlantar x bermaya, 
X sanggup ase, kalau boleh me nak gantikan tempat tu
Tapi itulah kuasa Allah, 
tetap akan ada sakit selepas sihat, tua setelah muda, 
Me redha...tapi air mata x tahan jugak bila renung muka nenek
kerana muka tulah yg selalunya tersenyum tiap kali me balik kg.

Nenek dan Dhiya....

nenek diusia 85 thun..
semoga nenek cepat2 sihat yea

Selain kisah nenek...ada la masalh kehidupan lain 
yang terpaksa me hadapi lately ni...
Hidup ni macam tu ler, pasti ada ujian dan dugaan
semua tu mematang kita andai kita beroleh pengajaran dari itu

Tapikan................ape perasaan u oll..
Bila gi opis, u buat muka selamba, mekap, pakai macam bese
tapi more than 10 person tegur...
"Dear, ada masalah ker???" 'Eily, kalau ada masalah share ler"
"Eily, x best x dengar eily gelak" "eily x bersuara, sunyi plak rasa"

Me rasa sangat teruja, bahagia, bersyukur, dihargai
rupa-rupanya me dikelilingi oleh ramai orang yg sayangkan me
xtau nak tulis macamaner untuk gambarkan perasaan terharu ini
semua masalah ilang sekelip mata

Kawan2 yang me ada sekarang sangat superbbb..
sangat bersyukur hadir dikalangan mereka
me sangat bahagia kat sini..
luv u oll ler


Nota kaki:
Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan idup me, yea kengkawan
juga doakan nenek me cepat sembuh