Jumaat, 23 April 2010

JELAJAH BLOG IBU


Salam en. Ben...

Sejak dua menjak ni mama bukak semua blog kawan2 semua mesti ada entry Jelajah blog ibu. Mama baca gitu2 jer, mula2 malas jer nak layan, sebab mama malulah blog mama ni baru setahun jagung. Ilmu tentang dunia blogger mama pun paras2 hidung jer..Tapi bila mama blog walking and hoping hari2 semakin ramai plak kengkawan yang membuat entry tentang jelajah blog ni.Masa mama baca entry Nurul tentang en.Ben buat mama terpikir 2x. Apa salahnya mama mencuba, sekurang2nya en.Ben bleh bagi ilmu untuk mama trus memantapkan blog mama nih.

Mama benti kerja sejak lahirnya Dhiya, menjadi surirumah, fully breastfeeding mum adalah satu pengalaman baru pada mama, so mama timba pengalaman dari para blogger yg sudi mencurah ilmu dan berkongsi pengetahuan. Setelah sekian lama menjadi silent reader akhirnya mama terpikir utk memiliki blog sendiri. At least banyak masa terluang kat rumah ni bleh mama manfaatkan dgn berkongsi cerita dengan kawan2 maya. Maka terciptalah blog ini.

Blog ni, coretan harian mama, cerita-ceriti yang mama rasa nak kongsi dengan para2 ibu, terutamanya tentang perkembangan Dhiya, pasal makan2, aktiviti keluarga yg best, cerita terkini tentang mama sebab ada jugak old friends yg berjauhan mengikuti perkembangan mama melalui blog nih.Mama pun baru jer berjinak2 dgn giveaway, sambil2 nak belajar wat giveaway sendiri pasnih.

Anyway en.Ben, mama teramatlah baru dalam dunia blogger ini. Bantuan, tunjuk ajar dari insan2 yg bermurah hati mcm en. Ben nih amatlah mama alu-alukan dan dahului dengan jutaan time kasih...Rasa amatlah bertuah sekiranya en.Ben sudi menilik blog mama nih..

So mana2 kawan blogger tak kira samada yg berpengalaman luas, atau yg baru setahun jagung macam mama nih, kalau nak en.Ben jelajah blog anda sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut...

Tiada ulasan: