Selasa, 13 April 2010

KENAPA DHIYA SUSAH TIDUR?

Masalah ni pernah mama post dulu, tapi kali ni mama nak mintak pandangan kaum ibu semua, tolonglah mama dengan masalah Dhiya yang semakin susah untuk tidur malam.
Sekarang Dhiya hanya akan tidur selepas 2 pg. Agak merunsingkan mama. Mama bimbang semua ni mendatangkan kemudaratan pada kesihatan Dhiya. Macam2 dah mama cuba untuk pastikan Dhiya tidur awal tapi setakat ni semua blum berhasil. Mama dah pastikan
Dhiya makan dengan kenyang waktu malam. masa untuk makan malam pun mama dah lewatkan. Mama bacakan dia buku cerita, kadang2 sampai 2,3 cerita habis diceritakan tp mata Dhiya masih terkebil2. Kadang2 pukul 10 mlm mama dah ajak Dhiya masuk bilik, tapi sampai pukul 2 jugak baru tidur. Petang2 mama ajak Dhiya joging, main kat taman, kayuh basikal.....pada pandangan mama kalau Dhiya letih mesti cepat tidur dan lena..tapi x jugak jadi.Kadang2 kalau penat sangat Dhiya akan tidur pukul 9 malam tapi biasanya akan bangun semula pukul 10mlm dan x tidur sampai pukul 2pg.HUHU.Mama dah try tido dengan lampu terpasang,manalah tau Dhiya takut gelap, tapi sama jugak..lagilah x nak tidur sebab nampak semua permainan.Padamkan lampu awal2 pun mata Dhiya masih terbuka luas jugak.

Ibu2, mama2, ummi2, mummy2 semua....tolonglah mama.Bagi mama tips dan cara2 mama nak atasi masalah ni.HUHU.

nota kaki
Mama ngan papa pun jadi x cukup tido sebab melayan karenah Dhiya. HUHU

Tiada ulasan: