Selasa, 2 Mac 2010

BUAH GOJI


Ni lah goji fruit yg ayah mi bagi..RM55 sekotak..

Mama sebelum ni tak pernah dengar tentang buah goji tapi ari jumaat lepas Ayah mi ada bagi kat papa sekotak untuk di cuba. Katanya macam kismis. Mula2 mama fikir 2x jugak nak try...yelah x pernah dengar pun....tapi mama ada wat research skit2...

Barulah mama tahu buah ni berkhasiat jugak..tapi mahal tau.sekotak 2 RM55.
Dhiya suka makan...sedap katanya.Rasa dia macam kismis tapi tawar..

Ikut apa yang mama baca buah goji ni boleh makan mcm 2 jer atau boleh rendam wat air, atau leh wat sup ngan buah kundur....ooooo...barulah mama tau.


Ni rupa buah goji...macam kismis kn? tapi warna merah..

Antara research yg mama jumpa:

"Para saintis telah menemui Goji sebagai buah kuno yang berharga mengandungi polisakarida bioaktif yang paling tinggi dan lebih aktif berbanding dengan tumbuhan yang pernah mereka temui sebelum ini "

Hakikatnya, Goji merupakan makanan yang paling berkhasiat di dunia!

Penyelidikan sains pada tahun-tahun kebelakangan ini
  • Goji memanjangkan usia.
  • Menjadikan anda rasa dan kelihatan muda.
  • Meningkatkan tenaga dan kekuatan.
  • Mengekalkan tekanan darah yang sihat,mengurangkan kolestrol dan menyokong fungsi hati yang sihat.
  • Menghilangkan tekanan dan gelisah.
  • Mengurangkan kesakitan semasa kedatangan haid.
  • Menentang penyakit.
  • Membina darah yang kuat.
  • Dan 26 faedah kesihatan lagi yang tercatat dalam buku Goji Dr.Mindell.

Goji Kaya dengan Vitamin C(5oo kali ganda)

Penyelidikan sains pada tahun-tahun kebelakangan ini

  • 5oo kali ganda lebih vitamin C.(berbanding oren - ikut berat)
  • 6 kali ganda lebih tinggi kadarnya berbanding bee pollen.
  • Lebih beta karoten berbanding karot.
  • Mengandungi lebih 18 amino acid.
  • 21 unsur mineral.
  • Kaya dengan Vitamin B1, Vitamin B2, VitaminB6, dan Vitamin E.

(Terjemahan buku Jepun ke dalam bahasa cina mengenai faedah Goji:)

Ben Cao Hui Yan menyatakan:"Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik.

Goji telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama 5000 tahun. Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan berikut:-

Ben Cao Hui Yan menyatakan: "Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang,membuang angin, merupakan herba yang sangat baik".

Ben Cao Bei Yao menyatakan: "Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan ptensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata".

Ben Cao Gang Mu menyatakan: "Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menegangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur".

Tiada ulasan: