Selasa, 16 Mac 2010

STRESS NYER..

Hari ini hari yg cukup stressful..dah tahap over stress..
Mama macam x leh nak control stress arini. Ataulah kenapa rohani x cukup kuat arini.

"Ya Allah di manakah segala kekuatan yang ada pada diriku, bagilah aku ketenangan, Ya Allah."
 

Sebenarnya mama rasa nak keluar jalan2 tenangkan fikiran yang berserabut ni, tapi susah jadi mama ni. Semua orang mama kena fikirkan sebelum fikirkan diri sendiri. Kena fikirkan ibu mertuaku yang kat rumah ni, maner boleh keluar rumah sebelum siapkan makan minum dia.Mama kena berlagak normal, supaya hatinya x tersinggung. Maklumlah buruk di mata ibu sendiri lain dari buruk di mata mertua.

Mama kena fikir Dhiya, papa....macam2 kena fikir. So mana masa mama untuk diri sendiri? Macamaner nak tenangkan diri yang teramat stress ni?

 Macam ni kot nak gambarkan mama skang nih!




 kenapa mama
?
  • macam2 masalah mama fikir
  • x cukup tidur sebab Dhiya ada problem tidur malam (mama asyik fikir apa sebenarnya masalah Dhiya ni sampai xnak tidur)
  • bimbangkan kesihatan Dhiya yg x cukup tido dan bimbang mata Dhiya rosak sebab sampai tengah malam nak tengok tv
  • Semalam pergi farmasi, check blood pressure..pressure ok tapi ada heart beat problem (terlalu laju) and pressure menjurus ke arah rendah
  • masalah kewangan..(mama kan dah x kerja, so lain skit rasanya xder duit sendiri, dulukan mama ni workaholic :) (bos dulu yg kata)..x biasalah xder duit sendiri
  • fikir bila nak kurus..(dah hampir sebulan x makan nasi x jugak kurus)
  • adalah 2,4 perkara lagi yg merunsingkan
Pendek kata mama rasa macam nak kena heart attack nih...pedih dada memikirkan hari ni yang x best dan penuh stress....

*Dulu masa jadi student, bila stress mama mesti duduk dalam locker tenangkan fikiran. Ambik bau baju2 dalam almari tu agak menenangkan mama..tadi try duduk dalam almari sekejap...tapi lain rasanya, x sama masa dulu2.

1 ulasan:

king nothing berkata...

harap mama bertenang.banyakkn bersabar.fikirkn perkara yang menenangkn spt saat mula cinta berputik,ketenangan di kampung,telatah si dhiya.muga 2 semua bleh uat mama tenang.