Mula2 marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat Moksu mama yg telah pulang kerahmatullah pada Jumaat yang lalu semoga rohnya dicucuri rahmat.
Sejak dari hari mama dapat berita pemergian Moksu, sampai hari ni mama asyik terpikir pada nasib Zura, Atiqah dan Amirul (anak2 arwah moksu merangkap sepupu mama). Mereka ni masih bersekolah..yang sulung (Zura) sedang mengikuti kursus kejururawatan, yg kedua (Atiqah) baru tungkatan 5 dan yang bongsu (Amirul) baru darjah satu. Sedih mengenangkan mereka sekarang yatim piatu, tiada ayah dan ibu. Bagaimana nasib mereka di hari muka.
Ayah mereka (Pak Cu mama) meninggal dunia 2 tahun lalu akibat barah hati. Pakcu adalah adik kepada ibu mama. Masa kematian pakcu dulu mama lihat kesedihan mereka, hilangnya tempat bergantung tapi mereka masih ada ibu tempat berpaut hidup. Arwah ayah mereka ada meninggalkan sedikit KWSP dan Takaful.Tapi, ibu mereka hanya surirumah tiada pekerjaan selain menjual kuih. Adakah masih ada baki duit untuk mereka adik beradik terus meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan ihsan orang?Wallahualam...
Agaknya kesedihan kehilangan ayah baru mula ilang dari minda mereka, mereka di uji lagi dengan pemergian ibu tempat begantung hidup. Hati mama sebak mengenangkan perjalanan hidup mereka yang masih panjang. Di mana tempat mereka menumpang kasih, bermanja, mengadu dan pada bahu siapa mereka nak berpaut.
Memang betul mereka masih ada ibu dan bapa saudara, masih ada nenek tempat nak bermanja, tapi betah kah kita nak meminta pada saudara bila tiada duit dalam poket? betahkah kita nak menangis di bahu bapa saudara bila dirudung duka? betahkah menumpang tidur diriba nenek bila hidup diuji dengan dugaan dari Illahi? betah kah kita?walang sungguh hati mereka....
Mama berdoa agar tuhan permudahkan urusan hidup mereka 3 beradik agar mereka dapat menyusuri liku kehidupan dunia ini dengan tenang. Semoga tuhan kurniakan kepada mereka ketabahan dan kegigihan bagi mereka membina hidup, semoga ikatan persaudaraan mereka bertiga tidak dipisahkan. Amin!!! Apa yang kita boleh buat adik2ku, semuanya takdir ilahi. Suratan qada dan qadar tuhan x dapat kita lawan. Insyallah ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini.Allah takkan menguji kita lebih dari kemampuan kita....
Dalam hati mama berdoa semoga dipanjangkan usia, agar mama boleh membesarkan Dhiya dengan sempurna, agar Dhiya ada tempat bertaut dan berteduh hinggalah dia betul2 mampu berdikari.Agar hidup Dhiya tidak terumbang ambing tanpa bimbingan dan panduan dari mama dan papa. Amin.
Akhir sekali, semoga roh pakcu dan moksu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman..amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan