Isnin, 8 Mac 2010

HARI MEREWANG

Walaupun pada pagi ahad ini mama dijangkiti selsema...tapi hati tetap bersemangat nak merewang sambil cuci mata dan telan air liur.HEHE..Bila papa kata jom keluar jer..selsema pun 'dah baik dah'.HEHE. Tapi keluar semalam dah lewat..papa suruh mama rest dulu pas makan ubat selsema.

Papa bagi choice nak pegi SOGO ker JUSCO. Memandangkan mama x beberapa sihat, so malas rasanya nak berasak kat SOGO tu..maklumlah ujung minggu...SOGO tu bila masa xder orang x taulah..So papa decide pergi JUSCO Bukit Tinggi, Klang. Mama memang suka pergi situ, selain dari parking yang teramatlah banyak (x perlu susah2 cari parking), kat situ x crowded sangat..so amt sesuai untuk mood shopping.HEHE..Mama x suka orang ramai2, Dhiya pun cepat ngamuk kalau gi tempat gitu...Jom layan mama, papa n Dhiya merewang...


JUSCO BUKIT TINGGI, KLANG

Sempat lagi posing dalam kete, sebelum bertolak....ada nampak muka demam selsema x? Dah baik kan..bila sebut shoping....HEHE
Dhiya kat kedai cenderamata...mama nak cari perhiasan rumah, tapi xder yang berkenan..
singgah kat BB MAXX sblum masuk JUSCO..mama slalu bli baju Dhiya kat sini...T-shirt budak2 cantik2 kat sini.Semalam ada sale.Mama x sempat nak amik full banner..Dhiya kacau.HUH
Papa pun try baju....bekenan ker???HEHEH

Aktiviti di bilik persalinan....sempat lagi tu!

Pas bli kat BB MAXX sambung plak sonda kat FOS...Kedai ni berdepan jer..sajer cuci mata. FOS pun ada sale..buy 1 free 1


Ini mama panggil sesi menjahanamkan diet..HUHU. Penat giler meronda, perut pun berkeroncong.Tapi takpe, 1 plate tu kongsi bertiga.Atas arahan mama..hehe.(nak cover rasa bersalah..la tu).masa ni dah 9.30 mlm.Hado..Ada 1 jam lagi untuk ke JUSCO..entah sempat ke tidak ni...

Tempat makan tu mengadap playground dan berhampiran Kids Fun Zone...so Dhiya menghabskan masa yg agak lama kat situ...Nampaknya tak kesampaian jugak hajat nak shoping di JUSCO ni..HUHU. Masa mama masuk pintu JUSCO lagu kitaro pun berbunyi n ada announcement.."Para pelanggan yg dihormati, terima kasih kerana membeli belah di JUSCO, gedung kami akan di tutup dalam masa 15 minit lagi...bla..bla..."..FRUSTTTTT!!!!!!

Apa hasil rewang kali ini?.....jeng2


mama sempat rembat buluh ni kat JUSCO. RM9.9 seikat (dah pernah survey kat JUSCO 1U, memang nak isi dalam tempayan yg mama amik dari umah Aki Abah)..tapi nampaknya sikit sangat la..kena bli lg.

Seluar Dhiya bli kat FOS..buy 1 free 1..RM30


t-shirt and mini dress untuk Dhiya bli kat BB MAXX


Baju kerja papa 3 helai...

Nak tahu apa yg sedih sekali...kali ni pun tiada untuk mama...HUHU.Sedihnya.X sempat dah masa untuk shoping for mama...

tapi..entry ini bersambung tau...tunggu!!!!!!Ada lagi cerita..

2 ulasan:

Abe Gaban berkata...

ilek.lain thn kte sopin utk mama.hehe

BIONIC WOMEN berkata...

lain thn ker papa? huhuh...