Kali ni pergi sebab tokma kena wat follow up check up. Surat dari HRPZ kelantan tuh dah nak reput dah mama simpan. HEHE. Bulan lepas mama bli ubat kat farmasi jer, tapi hati jadi risau plak x bawak tokma g check up doc. Tokma punye sakit bukan kecik2 wo.
Sampai PPUM dalam kul 9 setelah menempuh kesesakan jalanraya (terlupa plak semua org nak g kerja, maklumlah papa kan cuti seminggu..: ) Sampai tuh tokma dah ngadu lapar, dia sepatutnya puasa utk check darah, tapi mama suruh je dia makan biskut ngan air mineral. Sian lah tengok dia. Naluri kemenantuan masih kuat.hehe.Tunggu punyer tunggu, lepas satu kaunter ke satu kaunter, jam di hanset sudah menunjukkan hampir satu tapi tokma masih blum jumpa doktor. Mama dan papa ni pun dah kena puasa skali nampaknya, Dhiya plak dari tadi macam2 dah dia kunyah. Rotilah, sandwich la..sian anak mama. Nasib baik x mengamuk. Urusan kat PPUM habis hampir pukul 2.
aksi2 semasa menunggu servis di PPUM,...lambatnya...
Papa ajak makan tengahari trus. Lapar sangat dah semua. Tokma dah lembik sebab kena amik darah. Tiba2 teringat restoran ikan bakar kat Kelana Jaya, so dari PPUM trus ke Kelana Jaya. Ni first time nak tri.
Kelembikan tokma makin truk.Tokma dah ketar n berpeluh2. Sian sangat. Satu hari dah x makan. So apa lagi...parking kereta dan menjamu selera di Fend Ikan Bakar, Kelana Jaya
MAKAN TIME...mama makan ikan sahaja tanpa nasi.(diet lagi),
papa tuh nampak sungguh berselera :)..
kesian sungguh tengok kepucatan muka tokma arini..
Nak tengok menu kami?
Ikan bakar kat sini didatangkan dalam set..ada nasi, air asam, kuah, dan lauk pilih samada ikan kembung bakar, ikan cencaru bakar, ayam bakar, ayam gorang, pari bakar...
Mama try ABC..sedap tau, ais bandung kat sini special...bandung cincau ala2 ice blended
Lepas makan balik rumah, sampai jer, pas sembahyang asar, semua terpukang tidur kerana letih yang teramat dan kekenyangan...Sungguh sedap tido satu family arituh...sedar2 dah dekat maghrib..PERGGGHHHH!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan