Ahad, 21 Mac 2010

TERLEPAS SUDAH

Hari khamis ada berita gembira buat mama sekuarga, tok dan aki Dhiya datang dari Pahang. Dah lama mereka x menjenguk mama sekuarga kat sini.Dhiya antara yang paling happy.Maklumlah, Dhiya cucu sulung dan tunggal setakat ni la.....:)
Tok dan aki sampai dah maghrib. Tambah seronok nenek Dhiya pun datang sekali. Rindukan cicit kenit dia lah tu. Meriah rumah mama yg kecik nih. Malam tu Aunty Dhiya yg belajar kat UM pun bertandang sekali. So rumah sempit mama di penuh dengan orang. Makan malam tuh sungguh meriah bila mak bawak gulai tempoyak ikan patin yg dibeli di Temerloh...Fuhhh!!!!

Esoknya pagi2 lagi kami ke KLIA. Hajatnya nak menghantar maklong, Makcik, Pakngah, dan yus menunaikan umrah. Mereka sampai di KLIA pukul 3 pg hari Jumaat tu dan flight akan berlepas pukul 9.
Mungkin terlalu seronok berbual, makan dan sebagainya, kami terlewat bertolak ke KLIA, sampai pun dalam 8.30 pagi. Masa hubungi makcik2 tu, mereka dah check in..HUHU..
SO....TERLEPAS SUDAH hajat untuk bertemu dengan mereka ni sebelum berangkat ke tanah suci. Paling kesian kat nenek yang berhajat sangat2 untuk berjumpa dengan anak2nya. Maafkan kami ye nenek!!!

Meh layan gambar kami sehari di KLIA:

Di KLIA, setelah kehampaan....(papa, mama, aki, tok, Dhiya dan nenek)

Keluarga bahagia...

Tok, aki dan nenek...(bila tengok kapal terbang, nenek sebak teringat masa dia naik haji dulu)

Mama dan Dhiya...(gemuknya mama)

Tiada ulasan: