Daging kotak dari India bukan lembuBH - Jul 19, 2010
ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan daging import dari India yang dipasarkan di negara ini adalah daging kerbau dan ia dijual pada harga lebih murah, berbanding harga daging lembu tempatan.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata ramai pengguna tidak tahu bahawa daging import India yang lebih dikenali sebagai daging kotak dan dipasarkan secara meluas di negara ini adalah daging kerbau dan bukannya daging lembu.
Katanya, daging kerbau yang dijual di pasaran ketika ini adalah daripada gred biasa dan membolehkannya dijual pada harga lebih rendah, menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan harga daging tempatan.
"Kita tidak mahu rakyat keliru dan menganggap daging kotak ini sebagai daging lembu, sedangkan tidak ada langsung daging lembu dibawa masuk dari India.
"Namun, terpulang kepada rakyat untuk memilih berdasarkan keperluan dan kemampuan mereka, tetapi saya harap tidak ada lagi kekeliruan mengenai hal ini.
"Setiap tahun sebanyak 80,000 tan daging kerbau import dari India dibawa masuk ke negara ini dan ia amat popular di kalangan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.
"Dalam pasaran ketika ini memang daging kotak jauh lebih murah iaitu antara RM8 dan RM10 sekilogram, berbanding daging segar tempatan yang dijual pada harga RM17 hingga RM19 sekilogram," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), di sini, semalam.
Memula mama baca tu agak terkejut jugak, sebab selama idup ni mati2 ingat daging tu daging lembu..
Kalau x silap kat pek tu pun ada tulis beef...so memati ingat lembu
hado..x klear a plak gambar ni..tadi gi kedai try tgk daging ni nak snap
tapi xder le..arini ada daging tempatan jer
u oll pernah beli x daging dalam pek 900gm tu..kalau x silap cap Alama....
Kalau kat kampung mama, glamor ugek daging tu, terutama kepada peniaga kedai makan sebab daging tu senang dapat dan murah berbanding daging sembelih ni. Kat sini mama jarang plak jumpa, sebab slalu nak beli daging, bli kat mydin yg baru di potong tu...
Camni upenya daging beku..
Sebenarnya kan.....bila timbul berita tentang daging ni, mama teringat plak kat 2,3 orang sepupu sepapat mama, beberapa orang mak2 sedara mama yg selama ni bukan main ag duk kecoh dowang x makan kobau..x sedap ler, berbaur ler, liat ler..aper ler....
so..kalau dowang pernah bli daging import bermakna dowang sebenarnya makan kobau..HAHAHA
Propaganda jer lebih,..
Raya tahun ni, mesti xder orang tanya ni daging lembu ker kebau ni..cover malu...HEHE
Citer pasal daging ni kan....maka tengahari ni nak masak daging kesukaan papa ler..
Tadaaaaa...daging masak kicap..
yummy..yummy
Nota kaki:
Sebenarnya mama terpikir, kenyataan menteri tu betul ker propaganda nak cover harga daging tempatan yg mahal tu???? korang ada terpikir macam mama x?
4 ulasan:
sedap nmpk daging kicap tu.. terus lapar ni..hehe..
daging masak kicap sedap...mecam2 versi ader, ayu goreng lain caranya, MIL lain pulak, hubby lak suka makan yg lain caranya...huhuhu...last2 daging goreng kering lah jawabnya...
mama hanim: jom makan..hehe
ibu damia: betul tu..masa mula2 jadi org kelantan dulu, eily pelik gak ngan daging masak kicap kat sana..
Kisahnya...ingtkn betul2 daging lembu..rasa..sama jer kn..? huhu..
tkpe la..jnji halal..jgn kt luar label daging lembu..tp sebenarnya daging b**i....ya Allah...minta la jauhkan...
jom ke APA KATA HATI pulak,
KWE TIAU GORENG
Catat Ulasan