Khamis, 29 Julai 2010

KENANGAN INDAH BERSAMA 'DIA'

Dia yg dimaksudkan itu bukan papa yer. Bukan jugak sesiapa dalam keluarga ini. Abis tu????? Dia adalah seorang yg amat dekat dengan mama, amat memahami mama, sentiasa ada saat mama buntu, saat mama perlukan bimbingan....tapi itu dulu...memang dulu dia sentiasa ada. Ketawanya yg berdekah2, suaranya yg lantang, jokenya yg memng nak pecah perut ni..semuanya dalam lipatan kenangan mama. Lama sungguh mama x jumpa denga dia ni..

Dia yg mama maksudkan ialah:

Ustaz Abdullah bin Mahmud
Haaa...besar gitu taiP nama..
Dia ustaz mama masa mama belajar di MRSM dulu. Tapi dia bukan ustaz biasa tau. 
Dia amat luar biasa... haha. Dia umpama ayah kedua mama. Sentiasa ada menegur dan membetulkan 
tingkah laku mama, sentiasa memberi pendapat dan bimbingan, sentiasa ada memberikan semangat dan sentiasa memberikan mama jalan keluar kepada masalah dihadapi. 

Ustaz dan ustazah amat baik...terlalu baik..tingat mama terpaksa jalani pembedahan apendixs 2minggu sebelum SPM, ustaz dan ustazah banyak membantu mama. Mereka yg jaga mama di asrama lepas keluar hospital. Tingat kesungguhan ustazah memasak bubur dan sup haruan. Tingat kesungguhan ustaz mengail haruan..Time kasih ustaz, time kasih ustazah..jasamu tetap ku kenang

Mama terputus hubungan ngan ustaz, bila dah masuk u..ustaz plak dah berpindah ke MRSM lain. 
Dulu ustaz slalu jugak singgah umah mama kat kampung, tapi bila dia dah berpindah ke Selatan, semakin susah berhubung dengan ustaz. Maklumla dulu henpon bebudak sekolah maner ade. hehe
Tetiba aritu, mama jumpa kawan baik masa MRSM dulu kat FB..then berbual tentang ustaz..then dia ada simpan no henpon ustaz. Start itu mama dah keep in touch semula ngan ustaz. 

Pastu yg ag best, mama siap paksa ustaz buat FB. Haa..lucu amat, hari tu jugak ustaz gi beli laptop. 
Then ustaz dah berFB sekarang. Dan mama hari2 chat ngan dia. Canggihkan ustaz mama ni
Sekarang mama ada seorang pembimbing kalau mama ase keliru dengan kehidupan ni, mama ada tempat utk bertanya dan mengadu. Lagipun ustaz dah tahu jatidiri mama camner. so dia lebih memahami..hehe

Tingat gambar ni, ustaz slalu bawak kemana2..ada dalam buku mengajar ustaz
kadang2 dia letak kat meja dia kat office. Rasanya memang hari2 ler tengok gambar ni.

Ustaz ni memang kaki pancing..banyak citer dan pengalaman dia tentang pancing dan laut. 
rindu ler nak dengar citer ustaz.
3 orang budak tu anak dia.

Ustazah plak suke benar wat makan. Sabtu dan ahad memang hari makan2 kat rumah ustaz
Hmmm...rindu laksa johor ustazah.


Nota kaki:
kekadang ada orang yg sangat prihatin tentang diri kita tapi kita abaikan, yg lainnya banyak agenda tersendiri tapi dekat dengan kita

3 ulasan:

nabilah_2908 berkata...

seronoknya dpt cikgu yg mcm tu... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BIMBANG

ChLoE berkata...

hyee...

mrsm kuantan ke? Batch bile? Sy batch 1998.

BIONIC WOMEN berkata...

nabilah: memang best sangat

Chloe: saya batch 98/99....eh sama batch....saper ek?