Selasa, 17 Ogos 2010

BILA SI CILIK TU PUN IKUT PUASA

Sejak puasa ni kan, susah sungguh nak suh Dhiya makan. 
Dhiya pun ikut pose..haduss..
Dah macam2 mama buat nak suh Dhiya makan, macam2 jenis bubur. 
Nasi apatah lagi, susah ler..Dia makan skit jer. 
Selalunya Dhiya akan makan sama2 ngan mama & Papa..
then bila dia tengok kami x makan, dia pun x nak makan..
Tapi susu dia kerap minum...cuma mama risau ler nutrisi dia terjejas

U oll ada cara or pendapat x camner nak handle situasi ini ek?
Bagilah cadangan, sian jugak Dhiya x makan.
Kalau tanya dia memang ler dia kata x nak..
"kose" dia kata..kekadang tu "ase"..hehe. yg membw maksud puasa

Haritu bawak dia makan nasi kat KFC. Dia makan ler jugak..
Tapi bila tengok kami x makan, Dhiya makan x banyak mcm slalunya.

Nampak macam berselera jer kan?
2,3 sudu awal jer laju pastu separuh bekas pun x abis tau..

Mama dia yg tembam tu pun nak expose..huh
Ni first time kot, bulan pose masuk KFC tengahari tegak..haha


Nota kaki:
Agak2nya lah kan, turun x berat mama puasa ni..kalau tengok pada muka tu makin berisi
Slalunya mama akan naik berat bila bulan pose sebab mkn malam kan? huh

5 ulasan:

Unknown berkata...

ayu aritu pun ader masuk KFC beli maknan utk aleesya + ayyunie...agak2nya kan..apa lah tanggapah org KFC tu pada kita org pompuan ni...tapi mesti diaorg tau lah kan...pompuan kan ader cuti...tak pun utk anak2...hehe

Unknown berkata...

huhu selamber nya mkn kt kfc w/p hanya ank je yg mkn..ekekeke

dhiya pon nk pose jgk..tak t ahulah cane nk pksa dia mkn.. haishh

BIONIC WOMEN berkata...

ibu damia:
tu lah kak ayu,aritu cashier tu siap kata..bungkus kan? pastu eily jawab, eh makan sini..tengok semcam jer, time tu hubby tunggu kat meja ngan Dhiya. Seb bek order chicky meal leh cover skit..haha

Mrs.Fiza;
Kalau bungkus nnti, sama gak..kat rumah pun dhiya xnak makan..bek makan kat situ. Lagipun nak jengjalan kat dalam pknS tgk baju melayu...
Nnti Darwisy dah besar skit, maybe fiza akan mengalami situasi ni jgk...hehe

ann @ hatiberbunga berkata...

olololo.. ciannya dhiya.
maybe sblm ni dia eksaited sbb ada kawan nk bersaing makan sama2 kot.

anak sulung ann pun camtu gak. time org sibuk nk makan, baru la dia nk makan.

selalu ann guna si adik utk pancing suh makan. dia tengok adik makan,baru dia semangat nk makan. tp yg x tahan tu, harus disua jugak makanan tu kt ann suh makan sama. hehe.. terpaksa la berlakon2 makan. ;)

BIONIC WOMEN berkata...

Ann:
nampaknya kita bagi adik kat Dhiya..hehe
Dhiya pun camtu ler...mesti nak suap gak kat mulut mama dia ni..