Contest menarik dari Tecik Tenit Tomel
Suasana nak berhari raya semakin menyala2 ni..hehe
Lagu P.Ramlee ni mama yakin banyak meniggalkan nostalgia kepada semua orang.
Begitu juga pada mama dan adik2 yg lain..
Semuanya bermula pada raya 2005.
Suasana memang diselubungi kesedihan, sakit hati, dendam dan malu.
Semuanya silih berganti dalam diri kami adik beradik.
Melihat kesedihan dan kemurungan abah buat kami rasa sedih dan pilu yg amat dalam.
Tahun 2005 raya pertama kami tanpa mak. Kami semua beraya disamping abah yg diselubungi pilu.
Abah akan menitiskan air mata setiap kali lirik lagu Dendang PErantau ini berkumandang.
Bukan kerana abah seorang perantau...tapi bait2 ini menyentuh hati abah..
DI HARI RAYA
TERKENANG DAKU KEPADA SI DIA
KAMPUNG KU INDAH NUN JAUH DI SANA
AYAH SERTA BONDA KU..
Walaupun berkali abah cuba menyembunyikan air matanya dari kami adik-beradik..
tapi abah.., kami bukan kanak2 lagi.
Kami faham kepiluan yg menyelinap di sanubari abah.
Tahun sebelumnya abah kehilangan ayahanda yg amat dikasihi.
Tempat dia berkongsi suka duka, tempat mengadu, org yg amat disayangi setelah sekian lama kehilangan ibu.
Tapi sedih abah tidak sama dengan tahun ini..
Tahun ini abah berpuasa, bersahur dan beraya tanpa isteri.
Luluh hati kami adik beradik melihat abah terkial2 menyesuaikan diri dengan hidup bersendirian.
Penceraian itu amat menyakitkan utk abah, apatah lagi ketika anak2 telah dewasa
dan mempunyai kehidupan sendiri.
Kami semua ada tanggungjawab pada kerjaya, tinggalkan abah sendiri menempuhi kehidupan baru.
Apa yg berlaku? Salah siapa? hingga kini kami masih tercari2
Abah seorang yg amat perahsia jauh sekali utk membuka pekung didada sendiri atau emak.
Dan dipagi raya itu, saat Rancangan sampaikan Aidilfitri berkumandang....
Masa tu Jamal Abdillah menyanyikan lagu ini
Abah menangis sepuasnya didepan kami
Itulah kali pertama kami lihat air mata abah jatuh berlinangan
melihat abah tersedu, teresak2 menahan tangis
Mungkin pilunya tidak tertahan..
Dan kami hanya mampu memeluk abah dan menangis bersama...
Sudah lebih 5 tahun berlalu..
Abah semakin menyesuaikan diri dengan hidup bersendirian
Alhamdulillah, syukur Ya Allah memberikan abah kami kekuatan yg luar biasa
tapi abah masih x dapat menahan air mata setiap kali Lagu DENDANG PERANTAU
berkumandang di pagi raya
Dan sudah lama tv dan radio rumah kami tidak akan dipasang bermula puasa hingga habisnya musim raya
Katanya, terlalu banyak lagu kenangan yg x boleh didengar..
Biarlah abah begitu.asalkan dia bahagia selamanya..
Jom join KLIK SINI YER
3 ulasan:
wah.eily semangat berGA2 ,bercontest2 skang ya.;).
hmm.huhu.dendang perantau..lagu feberet jg ni..hmm.huhu
salam ramadhan..ala sedih lak plak stori ni hope abah kalians xsedih lagi raya tahun ni..thanks join my GA n contest..
touching la eily
good luck
Catat Ulasan