Salah 1 yg mama belajar dari dunia seorang ibu ialah, prihatin dengan persekitaran.
Malahan menjadi seorang ibu jugak, melatih mama jadi penyiasat x bertauliah
yg x kurang hebatnya di muka bumi ini..
*kalah Detective Conan tau, apatah lagi Detective Lim (Gerak khas)
Teknik paling penting dalam menjadi penyiasat dalam dunia seorang ibu ialah:
'Bila anak menyepi sorang diri, senyap seribu bahasa, silalah amik langkah berjaga2'
Dengan kehebatan mama..maka semalam suspek telah berjaya diberkas
dan tapak kejadian telah disita utk siasatan lanjut.
Tapak kejadian....
Pada awalnya suspek tidak mengaku bersalah
Tapi, bukti kehadiran suspek ditempat kejadian dapat dikesan.
Tapi, mama bukan nak cerita pasal men bedak tu..bukan, bukan..cerita tu x best.
Kes tu dah biasa kita jumpa di mana2 rumah yg ada anak tengah membesar.
Cuba u oll fokus kat cawan pink itu..
Bila mama bau ada bau bedak johnson + losyen+ baby oil + aquos cream
Ntah bila dia seludup cawan+sudu masuk bilik xtau ler.
Sesi soal siasat telah dijalankan. Pada awalnya suspek tidak mengaku.
Namun, kehandalan mama menyoal siasat
maka suspek telah memberikan jawapan yg agak munasabah
maka suspek telah memberikan jawapan yg agak munasabah
Mama: Dhiya buat aper ni?
Dhiya: Dhiya xder buat aper2 pun..
Mama: Ni saper yg main bedak abis macam ni?
Dhiya: Dhiya xtau...
Mama: Tuhan marah cakap tipu, nnti kena potong lidah. Tu yg bedak penuh baju tu?
Dhiya: Sori mama...
Mama: Ni dalam bekas ni..saper buat macam ni???
Dhiya: Dhiya, BUAT KEK..macam mama.
Mama: Ni dalam bekas ni..saper buat macam ni???
Dhiya: Dhiya, BUAT KEK..macam mama.
Oooooo...dia buat kek upenya macam tu????
Hahaha..kreatip jugak tapi intrepretasi bahan yg salah
Tu bukan setakat kreatip dan inovatip ajer
tapi orang kelantan kata "DAMAH HARTA"
tapi orang kelantan kata "DAMAH HARTA"
Abis dia campurnya segala menda yg ada..
Nak marah pun x jadi tau...Tapi x marah kang, di buatnya lagi
Kalau macam tu, 3x buat kek abis sebotol bedak, sebotl baby oil, losyen bagai.
kopak ler poket bapak hang anak oiiii..
psstt: Ada yg berminat nak order kek Carca Marba ngan Chef Dhiya utk raya nih???
Harus buat tempahan awal utk mengelakkan kehabisan stok. ☻
Nota kaki:
Anak2 ni cepat betul belajar dari persekitaran kan?
tanpa kita sedar dia perhati dan hafal menda yg selalu kita buat
*Damah @Damas = habis wang kerana boros (Kamus dewan edisi 4)
7 ulasan:
agak2 berapa ek harga kek dhiya ni? special edition ka?
Kerana LiverpoolFC episode 1
budak2 memang cepat tangkap apa yang parents buat or orang lain buat...
mak aii..dier nak buat kek raya kot. niat tu dah elok dah..bijak la dhiya ni.
betul tu...budak suka ikut apa yg org dewasa buat,ijat yg sbaya dhiya ni suka main soping2,abis suma kasut2 dia kutip bubuh dlm plastik, soping katanya.....
hahaha... nak filling bluberry ek
adoiii dhiya....kreatif kamo yehhhh...mama bagus nye dpt tangkap suspek tu, siap dah ngaku salah daaa...tu la ank kn, apa yg kiter wat tu la yg dia ikut...(^_^)
hahahaha..igtkan resipi mama rupanya kejaan dhiya..ekekeke
Catat Ulasan