Pernah dengar x dengan DAUN RAJA HERBA?
Mama x pernah dengar pun sebelum ni, sampai ler mak perkenalkan.
Mama ni pas operate bersalin dulu ada masalah skit ngan sistem perncernaan
hehehe..kalau bahasa pasar tu, asyik sembelit jer. huhu.
Memang payah nak ke tandas, kengkadang rasa macam dah sebu seban perut
ada masanya rasa x larat sesangat..hadoii.
Nak jer mama tanya DOC yg operate mama dulu,
"ada terjahit aper2 ker, sampai susah benar nak beroperasi ni?" hehe
Agaknya mak mama tu dah tensen dngar mama asyik bercerita tentang tu
so dia suggestkan mama guna DAUN RAJA HERBA ni.
Sebelum ni dah macam2 menda dah mama try...
sampai pil2 dulcolax ler, bicolax ler, segala lax mama hentam
idok jugak ada perubahan.....
Ni lah rupa Daun tu???? u oll pernah tengok???
Mak mama kata, jangan minum selalu..
minum 2minggu atau sebulan sekali jer, bila perut rasa betul2 sebu
tapi kalau hari2 dah sebu camner ek...
Caranya, mak mama ajar....
Rebus daun ni dengan 3 gelas air, didihkan sampai air jadi segelas jer.
Then minum sekali sebelum tido, then pagi esok skali
Esoknya tu kena puasa makan tapi minum air masak banyak2
Then petangnya start ngan makan bubur dulu...
pastikan menda yg lembut2 dulu masuk...
Ni rupa daunnya..
Mama try google tau, tapi x banyak sangat ler infonya..
kat belakang pack daun ni ada tulis ayat2 ni tau:
Kehebatan Raja Herba Senna~Jati Cina Rujuk kitab MUJARAT MADINATUL ASRORO dlm sejarah pohon Senna(Daun raja herba) tumbuh dekat tempat ibadat Nabi Sulaiman AS. Kemudian Nabi Sulaiman AS bertanya..Hai pohon kayu, apa nama mu ? HAMBA INI RAJA UBAT , PENAWAR & PENYEMBUH UNTUK SEMUA HAMBA ALLAH DARI ANAK CUCU ADAM KEMUDIAN HINGGA AKHIR ZAMAN IAITU MENJADI UBAT DARI SEGALA PENYAKIT AKAN TETAPI SEDIKIT SAHAJA ORG YANG MENGETAHUINYA
Xtau ler betul ke idok aper yg ditulis tu, sebab kalau betul mesti bnyak info
Kalau baca sekali mesti rasa macam mujarab sangat kan?...
Tapinya mama dah ler try 2, 3 kali, hasilnya tidak ler sesuatu yg boleh dibanggakan.
membantu jugak utk ke tandas, tapi macam still x puas hati ler. HUH
Mama gitau ler mak mama hasilnya dengan Daun ni..nak tau mak mama kata aper?
"Ngko ni makan batu ker sampai payah benor nak keluar???
ke dah jadi batu dah kat dalam perut tu????" huhuhu
Sedey tau..kalau mak sendiri dah kata gitu, nak kata aper ag..
Psssstt: jumpa ler skit info pasal daun ni dalam
Nota kaki:
U oll boleh minum ker segala herba rebus??? Mama masa pantang kena minum
semua yg rebus2..huhu..
15 ulasan:
KALO SEBUT NAMA DAUN NI..LYA X PERNAH DGR..TP BILA TGK DAUN NI..LYA KENAL.. PNAH MINUM..JD MCM TEH KAN..KALO X SILAP.. NAMA DIA DAUN APA NTAH..BELI KAT KEDAI HERBA..
SBB LYA PON MMG ADA PROBLEM TU SEJAK LUMPUH DULU..SMPAI SKARANG... MMG NAK TUT..BGANTUNG PD UBT J,,.TU PON X MJADI DAH.. SBB SISTEM SARAF Y KAT TULANG BELAKANG DH ROSAK SIKIT..
X PERNAH TGK... TQ. SHARING IS CARING :)
diyana dl pantang,makan oren sunkist :D. yg herba2 tak tahan..badan panas.
larat ke eily mnum air herba ni?? huhu..saya x minum pape pun sbb nyusu kan.takut pape plak nanti.saya pun ada gak masalah tu..minum air byk2 pastu mkn buah eily..
nmpk hebat tp xtau la bleh telan ke tak tekak ni
Kerana LiverpoolFC episode 1
Kerana LiverpoolFC episode 2
Kerana LiverpoolFC episode 3
betul tu mama dhiya............
ayu pun makan herba nie if perut sebu..
selalu kalau terlebih makan lah...heheh
aku takut la nk minum or mkn sebarangan ubat yg tak de kelulusan dr KKM sbb nanti leh effect organ dalaman cth liver ngan kidney ... tu organ tepenting dlm sistem perkumuhan tu .... better dpt kan khidmat nasihat dr doc la dear ... kot2 ade ubat lain yg leh lancarkan perkumuhan tu ....
kadang tu bahan yg terdpt dlm ubatan yg kite tatau dr mana usulnye tu ade bahan2 terlarang yg boleh rosakkan kidney .....beware ek
tak pernah tengok.....agaknyer klu zai makan memang terus ke tandas ajelah....
Ina dlu x merasa mkn ubt2 herba ni sbb kalo mkn je mst effect drah ina x bleh nk dpt drh yg sesuai..
hihihi kita pon mmg dr dlu susah beri..tp tkdelah sembelit sgt..msa jahit smpi lubang vontot haitu mmg sembelit gilerrrr..ngeri nk teran tkut terpecah balik..now susah lah nk beri..kdg 4,5 hri..
tak pernah tengok daun ni, first time tahu khasiat nya
uish.. tak pernah lak dgr pasal daun nih.. erm.. kirenya daun ni utk org yg jarang buang air besar la ea.. erm.. nnti kalau me ada masalah tu blehlah me try.. tp so far sekarang ni asal pagi je ke toilet.. sampai2 opis tak sempat bf nak g toilet dah.. erm..
ni 1st time umi dgr pasal daun ni...tp alhamdulillah time umi brpntang tak dek terkena sembelit ni...nnti kalu umi ada prob yg sama ngan mama ni leh la umi try daun ni hihihi...
asaalamualaikum mama..
sy pun mengalami masalah sembelit sjk melahirkn anak 2thn leps..tp sjk 4buln yg lalu sy amalkan teh daun raja herba ni alhamdulillah sy dah x de mslh sembelit tu lg..malah sy dpt mantain berat bdn even makan main lantak apa shj.tp sjk sy amalkan minuman ni sy tak risau tntng bert badan coz teh herba ni dpt mengawal n membuang lemak dlm bdn..
cuma kaedah kita berbeza..ectually cara minumnya ada tertulis d kertas dlm teh tersebut..sy x buat mcm mama dgn merebus teh trsebut n minum time perut sebu..tp sy ikut kaedah yg disarankan dlm paket trsbt iaitu meminumnya pd setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur mlm..tp sy minum tiap pg j pun dah ok..just 1 sudu teh ke dlm gelas kemudian campurkan air panas..bila dah menjadi teh(airnya bertukar warna spt teh) br sy minum...
kawan2 yg sy syorkan pun alhamdulillah masalah sembelit dah selesai n bdn pun slim..
sy ectually google nama teh ni pun coz nak cr suplier yg murah2 coz 2 org member sy pun nak oder lg..tp terjumpa blog mama yg bercerita tntg teh ni..
bukan nak kata sapa betul sapa slh ler kan..tp kesimpuln yg sy boleh ckp myb bergntung pd metabolisme masing2..klu x ngam biar minum ikut kaedah yg betul pun nak slim jd lambat..tp sy rs kaedah mama dgn merebus n minum teh tu time perut sebu or jrg2 tu yg menyebabkan ianya tak berkesan..coz sy n member2 yg amalkan teh ni mmg minum tiap pg sebelum sarapan semua ok n x de sbrg aduan or rungutn..lg 1 teh ni hy boleh diminum sbyk 2 kali sehari jer..tak lbih dr tu..coz kalau minum sekali sehari pun kita akan kerap buang air kecil n besar..so cuba bayangkan kalau lbih dr 2kali sehari..myb bdn akan mengalami kekurngn bendalir kan..tu yg sy fikir ler secara logiknya..so,make sure ikut arahan cr pemakanan yg disarankan..insyaAllah tiada masalah...
Saya Rahim, salah seorang pengedar / pembekal Teh Daun Raja Herba di KL / Selangor. Blog saya http://produksura.blogspot.com. Saya terbaca artikel kat atas ni yg mengatakan kesan minum teh ini adalah buang air besar. Memang betol, saya dan ibu sendiri merasainya pada peringkat permulaan. Actually teh ini juga berfungsi membuang kotoran di dlm badan kita. Logiknya, apabila kotoran yg mahu dibuang di dlm badan adalah dengan cara membuang air besar. Jika tidak, tiada saluran lain lagi untuk kotoran dibuang. Tetapi jangan kuatir kerana setelah kotoran dibuang dengan secukupnya,anda tidak lagi kerap membuang air besar.
Tujuan saya menulis komen ini bukanlah untuk mempromosikan, membanggakan produk ini tetapi hanya berkongsi satu dua pendapat / pandangan dari pembeli sejak beberapa tahun ini.
Dulu teh ini hebat digunakan sebagai penawar untuk penyakit kencing manis / darah tinggi yg hebat. Sudah ramai yg putus asa dan menunggu masa untuk kakinya dipotong kerana diabetis yg teruk terselamat kerana meminumnya ( dengan izin tuhan). Ada juga yg tidak menjaga pemakanan menjadikanya seperti teh tarik dan meminumnya sebagai amalan harian pengawal gula dalam darah. Kini sudah berubah kerana saya telah bertanya kpd pembeli tetap di butik / salun hotel dan pembeli dari Indonesia tentang apa yg menyebabkan mereka kerap @ excited membeli teh ini pada setiap bulan. Mereka menyatakan bahawa yg teh ini berjaya membuat mereka menurunkan berat badan sehingga 30kg dalam masa 4 bulan dengan harga yg sebegitu murah dan delivery percuma. Saya agak terkejut sebenarnya. Memang teh ini membantu menurunkan berat badan tetapi tidaklah setahap itu. Rahsia yang mereka katakan adalah dengan meminumnya 1 jug sehari. Nasihat saya, teh ini tidak perlu diminum dengan terlalu kerap sekiranya tahap kesihatan adalah dalam keadaan baik. Anda boleh berhenti dari meminumnya dan menyimpan wang tersebut untuk hal-hal yang lain. Minumlah bila perlu. Menyimpanlah sekiranya tidak perlu.Maaf hanya bercerita dan menumpang komen di sini. Untuk nasihat atau pertanyaan bolehlah bertanya kepada saya. Sekitanya anda salah seorang pembelinya, pastikan ianya yang original. Terima kasih
Catat Ulasan