Selasa, 2 November 2010

SUKA BUAH MANGGA???? KENA PIKIR 2X..HAHAHA

Siapa suka buah mangga???? sila angkat tangan..hehehe..(bukan nampak pun kan?)
Mama suka sangat tau..kiranya buah feberet mama ler tuh..
memang dari kecik2 lagi suka..ingat masa duk asrama dulu, mak selalu bawak buah mangga.
Kengkawan selalu tanya naper mak mama asyik bawak buah mangga..(yelah mak orng lain bawak epal ler, lai ler)...jawapannya...mama suka sangat mangga..mak mesti lah tau anak suka aper kan??

Semalam baca paper BERITA HARIAN, dalam info sihat tu ada artikel kuasa buah...
then terbaca khasiat mangga...
Alamakkkkk....mesti mama x makan mangga dah pas nih..hehehe

Nak tau naper???
Baca ler artikel kat bawah nih..fokus kat bahagian mangga tu ek..heheh




Khasiat buah-buahan:


  • Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.

  • Buah oren
    Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

  • Buah Epal
    Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

  • Buah pear
    Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

  • Pisang kaki
    Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.


  • Mangga
    Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

  • Kiwi
    Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

  • Pisang
    Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.



  • Nak baca berita penuh boleh klik :KUASA BUAH, BERITA HARIAN




    Nota kaki:
    Kepada kengkawan yg nak naikkan berat badan..dipersilakan makan mangga..hehehe
    info berguna utk IBU AQIL nih.

    Tang berat badan tu yg nampak clear....yg khasiat lain2 tu macam kabur jer.hehehe

    11 ulasan:

    Nieza Ishak berkata...

    hihihi ... tambah berat badan 1 jerk ... yg lain2 tetap membantu jugak ...macam membaiki kesihatan seksual ..kah kah kah

    kita pompuan mesti gabrah kan, kalo tang cepat naik berat badan ....

    BIONIC WOMEN berkata...

    KAK NIEZA:
    tu lah, dalam bebanyak khasiat dia tu, tang berat badan tu yg kita nampak dulu..hahaha..lucu jugak kita ni ek..

    Ibu Mifzal berkata...

    adeh..sy patut byk makan buah epal ni...

    BIONIC WOMEN berkata...

    ibu mifzal arsyad:
    jom kita makan epal bebanyak..pasni mesti ramai suka epal..hahahhaah

    Diyana berkata...

    wah,btulkah?hehe.nasib tk brapa gemar buah mempelam neh..hmm

    BIONIC WOMEN berkata...

    Diyana:
    betul x betul, kena try ler...jom ler join kami makan epal banyak2...hehehe..

    nabilah_2908 berkata...

    hehehe...part naikkan berat badan tu yer...

    sy pun suka mangga...tp yg manis la..yg muda masam tu...errr...mmg tolak tepi...tah kenapa..sy tk suka bnda2 masam..

    terfikir..mcm mana la kan mangga muda yg masam tu..makan lak dgn garam....huhuhu.....

    pisang kaki pun sedap juga...ragup2 gitu.. thnks sharing... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    ALLAH SENTIASA BERSAMA KAMU

    firahadifa berkata...

    serious mangga menambah berat badan??? huh.. i suke makan mangga .. mesti benda tue buat i naik berat badan nie... ( salahkan magga plak .. kekeke)

    BIONIC WOMEN berkata...

    Nabilah:
    Pisang kaki tu camner asenya ek??? siyes x pernah makan..hehehehe


    Firahadifa:
    saya pun suka mangga..hehehe..lepas ni jom ler kita suka epal plak..hhahaha..

    Salina@IbuAqil berkata...

    bestnya!!! ibu mmg suka mangga.. sangat2 suka..

    Lelord berkata...

    sedapnya...lebih2 lg mangga muda