xkan xleh teka....Entry ini sebenarnya nak ucapkan terima kasih kat buah hati pengarang jantung LelaLelord a.k.a MamaNajla.
Kerana aper? Kerana Najla ler Dhiya sudah berjaya diapers free...Mama sukerrrrr sangat.
Mesti ada yg tanya apa kaitan ngan Najla kan? Ni ler yg nak diceritakan
Dhiya &Najla
Terjadi ler insiden di mana, Najla telah sound Dhiya baik punyer. Maklum ler masa tu Najla dah diapers free, Dhiya lak x lagi.
Mama dh trained tau tp Dhiya penggeli, dia xleh nak poo-poo kalau xder diapers.
Ayat Najla "Eiiii, x malu pakai pampers ag, Lala pakai cepender jer"..(Kalau x silap Najla bahasakan dirinya Lala ker Jaja gitu ler). Time kena sound tu Dhiya diam ag. Wat dono jer. PAstuh, masa Najla gi pee, mama cakap ler kat dia "Tengok kakak, pandai jer pee kat tandas. Kakak budak pandai sebab tu dia pee kat tandas". Dhiya mula ler x puas hati kan, mama puji org lain.
Esoknya, terus xnak pakai pampers tau...
asyik cakap "Dhiya nak pee macam kakak Najla"..
So start aritu, siang langsung x guna pampers tau.
Syabas, Dhiya, Terima kasih sesangat Najla.
skang ni pampers 1hr sekeping jer utk malam, sebab malam mama macam x yakin lagi nak free kan dia.
Tapi hari2 mama duk kaji, keberatan pampers dia bila pagi. Skang dah semakin kurang pee malam, sebab pagi2 pampers semakin ringan. So dalam minggu depan dah leh kot free sepenuhnya.
Well, Dhiya terpengaruh ngan rakan sebaya. Hahaha..tapi x sebaya jugak, Najla tua setahun dari Dhiya. Pengaruh yg macam ni xper, mama suka Dhiya terpengaruh. hahaha.Itu namanya belajar dari pemerhatian dan persekitaran.
Akhinya target mama utk diaper freekan Dhiya before 3thun tercapai jugak. Yesssss!!!!! Suka sangat.
Kena bagi reward kat Najla nih. Nnti Unty carikan hadiah ek..
Nota kaki:
Semakin hari anak2 semakin besar tanpa kita sedari. Rasa cepat masa berlalu. Bila mereka dah semakin pandai berdikari, terasa diri semakin jauh dari mereka...sebab dulu semua benda mereka bergantung pada kita. huhuhu..sedih tapi gembira :(
15 ulasan:
tahniah..lepas ni dah boleh save duit diapers ye.
wah tahniah dhyia..kekadang budakpun tahukan erti persaingan?huhu..eh nak tnya mcm mana eily tahu kena fibroid?rasa sakit sangatke?n doctor buat ape ek bagi sahkan eily ada fibroid?masa preggy dhyia baru keneke mmg dah ada dulu lagi?
tahniah.. cepat jer dhiya dah besar kan..
tahniah dah xpakai pempers...ijat dah nak msk 3 thn bln dpn tp masih pakai pempers....
wah...congrats dhiya..!
budak2mmg camtu eily..kena ada pengaruh rakan sebaya, baru dia nak buat..dulu fifi, dekat 3thn baru free diapers..tapi deqna dlm 2thn++ dah free sepenuhnya...sbb tgk kakak dia xpakai diapaers dah.. :)
**pengaruh rakan sebaya utk benda2 baik xpe..jgn benda2 merosakkan..alahai...nurul ada 3 anak dara nak jaga ni...huhuu...beratnya rasa t/jawab tu....
wah! tahniah. cepat je die terpengaruh ngan kwn. Ammar belum lagi. :D
eily, fitriah0905 tu nurulazham ye..heheh...
alololo, comei ler Dhiya & Najla ni..oklah tu kan, budak² ni nak kene kawan baru dia nak buat..alhamdulillah, dapat jugak free diapers kan..
pengaruh rakan sebaya yg sgt bagus ni..ehehehe
waa..ni namenye pengaruh rakan sebayaaa!!
pengaruh rakan² sebaya. bagus kan wat camni kan. secara kebetulan bleh sebarkan kebaikkan tuk kawan²
wahhh tahniah dhiya...betulkan budak2 senang jek nak lentur
yeay..bagus la mcm tu..save sikit duti beli pampers...duit beli pampers boleh belikan baju/mainan/buku tuk Dhiya.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
FAIRY TALES
wah bagus lah..tapi memang betul..ank bee yg sulong tu nak berhenti botol susu pun lepas kena sound dgn sepupu dia yg sebaya..mereka rasa tercabar kot ! kan..
syabas...wah begitu kuat pengasuh rakan..walaupun tak sebaya..hehe..syabas yaang! ^_^
Catat Ulasan