Jumaat, 18 Mac 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA



Ada orang bila dia berkata2..
Kekadang dalam nada hanya bergurau
tapi kata-katanya itu amat menusuk kalbu
mendatangkan keinsafan,
membuatkan kita teringat2, terngiang2 kata2nya itu
Kekadang sampai menitis air mata teringatkannya
sampai mendorong diri utk berubah..

Ya Allah, tingginya nikmat Engkau hadiahkan utk org sebegini
Indahnya suara mereka, lunaknya kata2 mereka
Malah Engkau haramkan dari mulut mereka segala yg tidak baik
Betapa Engkau pelihara mereka ini
Adakah aku juga bakal Kau pelihara sebegitu????

Ada orang lainnya, setiap kali mereka berbicara
tiap ayat dan baris kata di susun indah
setiapnya dihias indah dengan nada yg sungguh mempersona
tiap orang yg mendengar bagaikan terpegun
Tapi sayangnya, tidak kekal dihati
keindahan dan keinsafan hanya beberapa waktu diingati

Ya Allah, Engkau bagi mereka ini kurniaan yg besar
dan mereka sedar tentang kurniaan itu
Maka mereka gunakan utk memberi dakwah pada yg hilang pedoman
tapi yg mendengarnya Engkau tutupkan hatinya
betapa ruginya si pendengar itu
Ya Allah Engkau jauhkan lah aku dari golongan pendengar buta hati itu.

Tapi ada juga diberi kurniaan yg hebat
Pandai berbicara, pandai berkhutbah
tapi mereka gunakan utk kepentingan diri sendiri
mereka gunakan utk menghancurkan orang lain
mereka gunakan utk sakiti hati org lain
Ya Allah, Engkau peliharalah diriku, mulutku
dari berkata yg tidak baik

Ada juga manusia
pabila dibukanya sahaja mulut mereka
maka akan keluarlah kata2 yg amat menyakitkan hati
kata2nya menyakitkan telinga utk didengar
yg terkeluar dari mulut mereka
hanya sesuatu yang mendatangkan sengketa

Ya Allah.. Aku merayu, Engkau jauhkan diriku,
Peliharalah diriku dari menjadi golongan ini

Sesungguhnya aku hamba yang lemah
Hanya Engkau yg tahu apa yang terbaik utk hambaMu..

Aminnn..




Nota kaki:
Ini nukilan peribadi, hanya peringatan utk diri sendiri, atas pengalaman sendiri.


*Kalau sepanjang mama menulis, kalau ada ayat yg menyakitkan hati semua, mama mohon maaf atas keterlanjuran..kerana yg baik itu datang dari Allah , dan yg tak elok itu datang dari kelemahan mama sendiri.


Semoga kita semua mendapat keberkatan Jumaat yg berkah ini..Aminnn

5 ulasan:

Wansteddy Tales berkata...

Tertarik wan dgn entry eily ni. Wan pn bkn setakat di dunia nyata, dunia maya ni pn bertembung juga dgn manusia macam ni. Kadang tu stress dan rasa nak meletup juga. Tapi bila muhasabah diri, bersabar dan lebih bertenang. Barulah wan sedar, balas sikap org cmni xmendatangkan hasil. sebaliknya boleh keruhkan keadaan. Mudah2an Eily tabah hadapi masalah ini.

Unknown berkata...

amin..amin.. insyaallah..

*rajin eily wat autopublish..

edane berkata...

betul.. terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata buruk padahnya :p

Monahiryanti berkata...

betul tuh.. yg mulut busuk nih mmg banyak elly.. jgn layan org mcam nih..

Tanpa Nama berkata...

fitnah pun datang dr mulut.mmg bahaya penangan mulutnie..