Khamis, 20 Januari 2011

SAYA BUKAN ANAK DARA

Ini bukanlah tajuk filem sambungan pada filem AKU MASIH DARA kat pawagam tuh
(Mama x tengok pun, tajuk jer tau)..tapi ini cerita real punyer. Bukan sebalik tabir punya cerita.hehe

Semalam masa berbual2, bergurau2 ngan Dhiya..
terjadi ler 1 insiden yg buat mama gelak x hengat dunia punya. Nak pecah perut mama. 
Dan ia mengingatkan mama pada 1 cerita yg amat lucu terjadi kat papa beberapa tahun lalau.

*

*

*

Alkisahnya, dulu papa pernah ler mengajar tuisen utk sorang budak perpempuan darjah 3.
Tuisen ni kira private home tuisen. Papa gi ngajar kat umah dia.
Then, papa 1 hari tu....ketika sesi tuisen bermula, budak ni pun duduk la secara tak semenggah.
Duduk atas kerusi sambil lutut menungkat dagu...
Maklum ler tuisyen kat rumah dia, sesuka hati dia jer nak duk camner kan?/

So cikgu dia ni a.k.a papa pun tegur ler...
"Siti (bukan nama sebenar), duduk ler elok2 skit..kamu tu ANAK DARA"

Dengan muka terkejut beruk + geram + x puas hati+selamber badak
si Siti ni pun jawab:
"SAYA BUKAN ANAK DARA ler cikgu, saya Anak Sulong"

Si cikgu tu, nak tergelak besor, tapi kerana menjaga etika seorang guru tambahan lagi
sedar diri kat rumah org so di tahannya gelak, yg mencuit2 perutnya itu.
Balik rumah cikgu tu pun cerita kat bini dia a.k.a mama...sambil ketawa x hengat dunia.
Almaklumler, nak qada yg tadi tu kan..hahaha

Pastuh plak, semalam.....
Si anak dara mama tu buat hal yg sama jugak ler..
Dhiya men depan TV sambil mencuba utk berdiri di atas bahagian tepi rak TV.
Nak buat macam konsert ler, kengkononnya nak berdiri atas pentas...
So, mama pun dgn lantang nyer menegah ler kan, takut jatuh ker, takut rosak rak tv pun ad.hehe

"Eh, ANAK DARA, main aper camtu? Anak dara x boleh memanjat2 ler, x baik!"

Si anak itu dengan penuh x puas ati jerit kat mama dia

"Ini iya nina ler, ukan anak aye"
(Read: ini Dhiya Khairina ler bukan anak dara)

Wakakakakah, mama pun gelak guling2......tulah dulu sakan gelakkan anak org..
skang anak sendiri pun camtu jugak...hehe
Paku dulang paku serpih, ngata anak orang, anak sendiri terlebey....hahaha

Anak dara mama....

Antara kartun kegemaran mama zaman budak2 remaja dulu
(Zaman Anak dara)




Nota kaki:
Suatu hari nnti bila Si Siti dan Dhiya dah besar dan dah paham ape itu anak dara, mesti dia pun gelak sorang2 mengingati aper yg telah terjadi ini..hehe
*x per..itulah namanya pengalaman yg mematangkan kehidupan..


11 ulasan:

Mama Zharfan berkata...

LOL siyes cute dan kelakar :) comel Dhiya :)

puan nina berkata...

hehehe..terkana balik..klaka je..

jemput join ga sy ye

http://puannina.blogspot.com/2011/01/my-birthday-giveaway.html

Lelord berkata...

ekekekkeek dhiya..dhiya

amirah berkata...

hehehe...betulla tu kan dhiya..!! : P

Ayu Zarina berkata...

ngeh ngeh ngeh ..dhiya.dhiya..lawak pulak kak ayu baca...dia kecik lagi tu..tak faham..esok2 mesti dia suka gelak2 guling kalau dah faham..

aS_c0mei berkata...

anak aye tu nasib baik translate jadi anak dara.klu aku dengar mesti aku translate anak ayammm!wakakkaka..amponkan aunty ye dhiya,aunty tak biasa ngan bahasa pelat.ekekkekeke....

aku pon suka tiga dara pingitan tu wehhh!!akkakaaa

shikin berkata...

kelakar lah..

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

kalau anak teruna, ade orang nak larang tak? huhuh

e.l.i.z.@ berkata...

hahhahha anak sulong dih..bijok gok budok tu jawab

Ummi Salsabila berkata...

Pandai budak2 ni menjawab eh..hehe.kelakar.

My fav too, 3 Dara pingitan! ;)

Tanpa Nama berkata...

betul lah dhyia kata tuh..mmg cerdik.hehe sib dia tak kata bukan anak dara tapi anak mama.huhu..cikgutuhpun panggil anak dar plak.hikhik