Ala, yg bengkak kat kelopak mata tu..
(org dulu2 kata, dapat ketumbit ni sebab ngintai org mandi)
Xder maknana okeh!! x ngintai pun boleh ketumbit jugak
macam ni ketumbit tu..
u oll pernah kena?
tenyeh punyer tenyeh, ase sakit ler plak. Abaikan jer mula2.
Pastu petang tu ase macam x sedap jer. Tanya papa..naper mata mama ni?
Papa tengok then kata..kena ketumbit..Opppss, mama x ngintai tau..hehe
Mama lum pernah kena ketumbit or sakit mata..x pernah skali pun.
Esoknya, ketumbit tu, masih lum serius ag..
Pas papa gi kerja, mama landing sambil buat 1 aktibiti terkini.
iaitu, meletakkan uncang teh atas mata, niat asal utk hapuskan eyebag
Ni gara2 cadangan u oll sumer dalam entry ni:
http://violetgloves.blogspot.com/2011/03/beg-yg-wanita-x-suka.html
Sejak itu, mama amalkan penggunaan uncang teh ni..
tahap keberkesannya..nnti mama cerita dalam next entry..
Berbalik pada tajuk...
selepas 2hari, papa pun tanya mama
"Eh Dinda, ketumbit awak ritu, x jadi pun. Dah baik dah kan?
Awak wat camner?"
Oh, baru tingat kat mata..raba2. genyeh2..eh x sakit dah ler.
Telek2 kat cermin, wahhh...xder kesan pun ..
Asenya xder letak paper ubat pun..then baru tingat kat uncang teh.
aktiviti pepagi mama skang ni.hehe
Kalau ada uncang teh, jgn buang yea.
Selain dari merawat masalah mata spt: eyebag, dark circle dan merehatkan mata
Uncang teh sejuk boleh digunakan utk merawat ketumbit tahap tdk serius.
Kalau dah serius tu, silalah rujuk pada yg pakar.hehe.
(Berita baik mesti dikongsi bersama)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
APA ITU KETUMBIT
Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.
Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.
Penyebab
Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah
* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan
Patogenesis
Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.
Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.
Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.
Simptom-simptom
* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah
Nota kaki:
*Saper ada petua lain cepat kongsi..
*Papa kata, hari yg sama mama kena ketumbit tu, ada sorang cikgu pompuan kat sekolah dia datang sekolah ngan spek itam. Bila tanya cikgu (ustazah) tu kata terpaksa pakai spek arini. Dalam hati papa kata " ni mesti kes ketumbit macam bini aku"..gelak sakan mama dgr papa cerita.
11 ulasan:
ngendap papa mandi eh?
bagus juga uncang teh kn...tp blum penah mcuba g....
dedulu mase kekecik cam pernah laa sekali kena ketumbit ni.. tapi tak ingat laa pulak letak aper..
tq... eB penah kena... sakit siot.. hu3
hehheheh sakit ooo ketumbit paling tak tahan bile kegatalan yg amat tuh kan
ooooh gitu eh..baru tau la! tQ share..tp kak eina tak pernh ketumbit ni,..merah je kalau sakit mata, itu pun baru sekali..haih seksa...takmo~ =P
naik ketimbit sebab selalu skodeng org...kata org zaman dulu2...ekekeke
good info..ari2 merah kena ketumbitnie..tapi pelik gak esoknya ilang sudah=)tapi berguna infonie.tertanya2 gak mcm mana nak buat kalau ketumbit makin besar..
eily, dah ok ke? org tua-tua ckp kalau sakit mata cube letak susu ibu sikit.. tp masalahnye nak cari kt mana susu ibu ye tak?
haahhaaa..skodeng kah??
Kalu asyik kena ketumbit je mcm mn pulak tu
Catat Ulasan